@berita.ks: KANGAR, 4 Jun – Kerajaan Perlis akan terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi berkaitan hubungan antara parti-parti komponen gabungan itu. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegaskan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah kepada PN sebagai sebuah gabungan, bukannya kepada mana-mana parti secara berasingan. “Kita akan terus berdiri di bawah penyatuan PN. Biar apa yang berlaku antara PAS, BERSATU dan komponen lain, kita akan kekal tenang bersama PN kerana kita mendapat mandat rakyat melalui PN,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata pentadbiran negeri akan diteruskan sehingga tamat penggal selaras dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. “Titah Tuanku jelas bahawa pentadbiran ini perlu diteruskan sehingga tamat tempoh. Jadi kita masih mempunyai masa sehingga Disember 2027 untuk melaksanakan amanah yang diberikan rakyat. “Saya tidak akan membuat apa juga spekulasi atau keputusan yang boleh merugikan rakyat,” ujarnya. Terdahulu, Raja Perlis bertitah agar Abu Bakar diberikan ruang untuk terus memimpin negeri itu sehingga penghujung penggal DUN Perlis ke-15 tanpa sebarang gangguan bagi memastikan agenda pembangunan dilaksanakan dengan lancar. Kredit video: Astro AWANI #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 04 June 2026 08:46:27 GMT
Music
Download
Comments
shah :
2026-06-04 09:30:05
1
محمد حنيف حسايني :
awat hari tu tukar MB ? padahal MB sebelum ni ok ja . Alim orangnya .
2026-06-04 08:51:37
7
Just Me :
2026-06-04 10:06:14
0
Pok Awie :
boleh pakai ke
2026-06-15 12:27:12
0
user5840598669583 :
Itu Kata Kau
Bukan PAS
2026-06-06 16:25:11
0
Hashirama Senju :
nope, bawah Bersatu
2026-06-04 10:01:28
0
Blue Ocean :
Nk kekal jd MB baru ngaku PN. Masa sailang MB aritu tak teringat pulak ye.
2026-06-04 08:58:48
7
mark156752 :
Yalah tu sebab takut kena undi tak percaya.
2026-06-04 17:55:03
0
BA :
buka DUN segera
2026-06-04 09:38:58
0
Maczu :
Masa khianat tak ingat PN bila skrg nk kekal br nk ingat..jd MB tempoh plg singkat la jwbnya
2026-06-04 13:19:17
0
dsa :
lawak mb ni, PAS akan tinggal bersatu
2026-06-04 13:09:53
0
sedidb :
MB dlm radar utk di pecat
2026-06-04 11:07:26
0
uzek5974 :
bye bye PN
2026-06-04 15:30:39
0
#revengeisreal :
dia ni confirm melingkup nanti kalau berlaku pilihanraya
2026-06-04 09:35:21
0
mnrnazri :
sapa tak kekal,senapang ada kahkahkah
2026-06-04 09:32:36
0
pak long dan :
Takutlah tu 🤣🤣🤣
2026-06-04 09:25:37
0
Din :
😂😂😂
2026-06-07 13:38:12
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.