@cidrmp: ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”, ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—  & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”; ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฆ๐—จ๐—› ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ SEPANG, 4 Jun 2026: Seorang pengasuh berusia 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi di bawah asuhannya, di sebuah rumah di Taman Putra Perdana. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Pada 18 Mei yang lalu, tertuduh telah membawa seorang bayi berusia 1 tahun 11 bulan ke Hospital Cyberjaya bagi mendapatkan rawatan selepas dikatakan mengalami sawan dan tidak sedarkan diri. Berdasarkan pemeriksaan lanjut ke atas mangsa, Pegawai Perubatan percaya bayi tersebut telah didera. Terdapat beberapa kecederaan fizikal lama dan baru pada bayi tersebut, seperti lebam dan abrasi berkuping pada bahagian badan, pendarahan di bahagian kepala serta patah tengkorak di bahagian kiri dan kanan. Mangsa, telah diberikan rawatan yang khusus dan rapi, sebelum meninggal dunia pada awal pagi 21 Mei yang lalu. Bertindak atas laporan polis yang dibuat pihak hospital, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang telah menahan tertuduh untuk siasatan dan tindakan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Kharatilul Animah Hj. Jelani tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP

CID_RMP
CID_RMP
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 04 June 2026 09:58:21 GMT
1008
47
2
19

Music

Download

Comments

officialgelapglemat
๐™ถ๐™ด๐™ป๐™ฐ๐™ฟ_๐™ถ๐™ป๐™ด๐™ผ๐™ฐ๐šƒ :
2026-06-04 10:02:26
1
melvinder34
Melvinder kaur :
semoga keluarga bayi tersebut dpt pengadilan Dan dipermudahkan segala urusan
2026-06-04 11:48:19
1
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About