@jim.kedah: PEMINDAHAN BAKI EMPAT (4) KANAK-KANAK WARGA THAILAND BAGI TUJUAN PENGURUSAN KES ATIPSOM Bukit Kayu Hitam, 4 Jun 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah (JIM Kedah) hari ini telah melaksanakan pemindahan baki empat (4) kanak-kanak lelaki warganegara Thailand yang terlibat dalam satu kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) selepas selesai menjalani proses deposisi yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Proses pemindahan yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam itu disaksikan oleh Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain, bersama wakil Konsulat Diraja Thailand di Pulau Pinang, Ketua Pejabat Imigresen Dannok, Thailand serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan kes berkenaan. Keempat-empat kanak-kanak tersebut merupakan sebahagian daripada tujuh (7) kanak-kanak lelaki warga Thailand yang telah dikenal pasti dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di ICQS Bukit Kayu Hitam pada April 2026. Sebelum ini, tiga (3) kanak-kanak telah dipindahkan ke negara asal Thailand pada 12 Mei 2026 setelah selesai melalui proses dokumentasi dan semakan yang ditetapkan. Sepanjang tempoh pengurusan kes, kesemua kanak-kanak berkenaan telah ditempatkan di Baitul Mahabbah Darulaman (BMD) bagi tujuan perlindungan sementara serta pengurusan kebajikan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan dan pihak Konsulat Diraja Thailand. Pemindahan baki empat (4) kanak-kanak ini melengkapkan proses penghantaran pulang kesemua tujuh (7) kanak-kanak ke negara asal Thailand setelah segala urusan dokumentasi, siasatan, deposisi dan pengesahan identiti selesai dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa. JIM Kedah merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta pihak berkuasa Thailand atas kerjasama erat yang diberikan dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kepentingan terbaik kanak-kanak sentiasa terpelihara sepanjang pengurusan kes ini. JIM Kedah akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan dan pengurusan imigresen secara profesional, berintegriti dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara. Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik ‘Like, Follow, Subscribe & Share’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di; https://linktr.ee/jimkedah Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo @2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

jimkedah
jimkedah
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 05 June 2026 03:02:01 GMT
5652
43
3
4

Music

Download

Comments

mat92000
M.B.OS :
steady Tuan wan👍👍👍
2026-06-05 06:46:49
0
anizar76
UNCLE AA :
👍👍👍👍👍👍👍👍👍
2026-06-05 03:12:54
1
faies15
Faies :
🥰
2026-07-11 05:37:02
0
To see more videos from user @jim.kedah, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About