@berita.ks: JOHOR BAHRU, 5 Jun – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menyifatkan naratif 'UMDAP' yang dimainkan oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN), khususnya BERSATU, sebagai taktik politik bagi menakut-nakutkan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan hanya bertujuan meraih sokongan melalui sentimen ketakutan. "Barisan Nasional (BN) Johor tidak pernah bersekongkol dengan DAP dalam pentadbiran negeri tetapi BERSATU sewaktu mengetuai Kerajaan Johor pada 2018 telah melantik Exco DAP sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. "BERSATU satu-satunya parti yang pernah bawa DAP masuk ke dalam Kerajaan Negeri, dan itu adalah rekod yang tidak boleh dipadam," katanya. Beliau turut menegaskan bahawa BN sentiasa bertanding menentang semua parti lawan dengan tegas, sekali gus mempersoalkan asas kepada dakwaan bahawa undi kepada UMNO akan memberi kelebihan kepada DAP. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kestabilan PN dengan merujuk beberapa isu dalaman yang melibatkan parti-parti dalam gabungan tersebut, termasuk pertikaian antara PAS dan BERSATU di beberapa negeri. Beliau juga berkata beberapa pemimpin PN sendiri termasuk Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Sanusi Md Nor dan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man pernah memberikan pengiktirafan terhadap prestasi kerajaan pimpinan Menteri Besar Johor yang menunjukkan rekod pentadbiran negeri di bawah BN tidak dipertikaikan. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Friday 05 June 2026 04:00:24 GMT
Music
Download
Comments
mR_tALkEr :
lah, skrg bukan kerajaan umdap ke? kabinet tu bukan bukti?
2026-06-05 04:57:52
84
Mergas Alami :
2026-06-05 12:53:12
40
Saiful melaka :
2026-06-05 05:50:58
24
Hamisah Noor :
Kmi tetap undi BN/ Umno
2026-06-05 14:47:47
37
Mantap Pak Abu :
2026-06-05 12:30:54
17
Bro GT_21 :
2026-06-05 05:01:22
10
norhanani :
kami. bangsa. johor.. tetap. bersama. MB. skg. yg. terbaik. mentabir. negeri. kami
2026-06-05 13:30:53
35
Malik :
2026-06-05 14:09:17
6
Deri :
la ni bkn umdap ke
2026-06-05 13:20:21
11
Tajudin. :
2026-06-05 12:21:44
9
Jai2123 :
Aku ahli umno dan 4x undi bn, selagi wak jd presiden aku takkan undi bn lg. Nk try pas plak lepasni
2026-06-05 15:45:20
30
AIS CINCAU🍹 :
kata lah ape pom aku tetap undi pas,dari BN ke Pas 🥰
2026-06-06 00:51:16
14
shafiqAdam_ :
2026-06-07 13:33:54
2
KINTANMAHMOOD :
MB Johor Terbaik 👍
2026-06-07 02:34:05
7
Fazin Fazin :
saya sokong pendapat anda
2026-06-09 07:13:29
2
tok ayh :
msih x nmpk x Tau la
2026-06-05 13:35:27
6
Nash :
Terbaik Tuan👍👍👍
2026-06-05 04:30:18
7
nospan :
2026-06-05 13:28:25
6
zikri 🙌🏼 :
2026-06-07 09:43:39
2
solehahalimah :
KAMI TETAP BN…PILIH BN TERBAIK….MAJU JOHOR👍👍👍🩷🩷🩷👍👍👍🤲🤲🤲🌟🌟🌟🌟
2026-06-13 11:07:23
3
wira_kuning :
2026-06-06 09:54:48
2
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.