@muhibbin_ulama2: Antara kisah menarik (لطائف) Al-Allamah Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas): (Diceritakan oleh anak baginda, Syeikh Anas Muhammad Ali As-Sabuni) Antara kebiasaan Syeikh As-Sabuni adalah Syeikh akan mula menulis kitab yang baharu sebelum sempat menyelesaikan penulisan kitab yang sebelumnya. Maka, anak Syeikh pernah bertanya: "Mengapa ayahanda mula menulis kitab yang baharu sebelum sempat menghabiskan kitab yang sebelumnya?" Syeikh As-Sabuni lalu menjawab: "Ini adalah rahsia antara aku dengan Tuhanku." Kemudian Syeikh menyambung: "Sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla agar Dia tidak mengambil nyawaku (mematikan aku) melainkan setelah aku menyelesaikan kitab yang sedang ku tulis. Oleh sebab itu, aku sengaja memulakan penulisan kitab yang lain (sebelum yang lama siap), dengan harapan agar Allah memanjangkan umurku." Kisah ini menggambarkan satu 'helah yang indah' (لطيفة) seorang pencinta ilmu. Keinginan Syeikh untuk terus hidup bukanlah kerana gilakan dunia, tetapi semata-mata kerana ketamakan yang terpuji untuk terus berkhidmat kepada agama Allah melalui penulisan. Syeikh mahu waktu wafatnya tiba dalam keadaan baginda masih sedang berkhidmat untuk Al-Quran dan umat Islam. Rasa rindu Syeikh kepada ilmu inilah yang membuatkan Syeikh sentiasa memastikan "senarai tugas" dakwahnya tidak pernah selesai. Nuqilan dari ust zafrullah lc #ulama #santri #ilmuagama #alazhar #syekhalishabuni