@doajerlun: MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN JERLUN 2026 Petang ini saya telah hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerlun yang berlangsung di Wisma UMNO Jerlun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Umi Kalsom binti Mad Rejab selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerlun serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa atas kejayaan menganjurkan mesyuarat ini setelah memperoleh kebenaran khas daripada UMNO Malaysia. Dalam ucapan saya, saya menegaskan kepentingan Puteri UMNO untuk terus turun padang menyantuni seramai mungkin golongan muda, khususnya mereka yang tidak berparti. Golongan ini perlu diberikan penerangan yang jelas mengenai perkembangan politik semasa serta peranan UMNO dan Barisan Nasional dalam membela nasib rakyat. Selain itu, saya turut mengingatkan agar Puteri UMNO sentiasa menguasai dan memanfaatkan platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan pelbagai medium digital lain yang menjadi pilihan utama generasi muda hari ini. Penguasaan media sosial amat penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat serta mendekati golongan muda dengan lebih berkesan. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun Empat Peringkat, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Semoga Pergerakan Puteri UMNO terus bekerja dengan penuh komitmen, semangat dan kesungguhan dalam usaha mengembalikan keyakinan serta kepercayaan generasi muda kepada UMNO dan Barisan Nasional. Salam Perjuangan. #UMNOSebuahPerjuangan #TradisiMembelaRakyat #TerusBekerja

Dato' Wira Othman Bin Aziz
Dato' Wira Othman Bin Aziz
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 05 June 2026 11:30:11 GMT
3001
133
10
8

Music

Download

Comments

lim.syah28
@lim28 :
2026-06-07 13:16:25
0
pakciksamad22
Pakcik Samad :
tahniah pu3 jerlun...
2026-06-05 14:22:01
1
katoktangga
katoktangga :
tahniah pu3 jerlun...terbaik
2026-06-05 12:50:17
1
mark_juriey
Mark Juriey🕊️ :
2026-06-08 12:07:05
0
khalidaziz5976
Khalid Aziz JPKKP GANDAI :
terbaik UMNO JERLUN
2026-06-05 16:07:47
0
asma.ismail61
Asma Ismail :
Ingat dlu dlm ketua wanita cawangan UMNO
2026-06-05 22:31:21
0
azianyan92
azian :
👍
2026-06-05 13:13:23
0
fiza.enjer
Fiza Enjer :
👍👍👍👍
2026-06-06 06:17:32
0
To see more videos from user @doajerlun, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About