@nadi.rakyat.official: Ramai menganggap Selangor dan Lembah Klang sebagai kawasan paling majmuk di Malaysia. Namun menurut Rafizi Ramli, data menunjukkan Johor sebenarnya mempunyai komposisi masyarakat yang hampir setanding dengan Selangor. "Johor is comparable to Selangor dari segi hanya 57% Bumiputera dan 43% non-Malay." Dalam episod ini, Rafizi menghuraikan bagaimana struktur demografi Johor dan Negeri Sembilan memberi kesan besar kepada strategi pilihan raya, khususnya di kerusi-kerusi DUN yang mempunyai pengundi bukan Melayu dalam jumlah yang signifikan. Beliau menjelaskan mengapa kira-kira 20 hingga 25 kerusi DUN di Johor boleh dipengaruhi secara langsung oleh corak pengundian masyarakat bukan Melayu, manakala di Negeri Sembilan terdapat sekitar 12 kerusi yang berpotensi menjadi medan penentu kemenangan. Adakah kelebihan demografi cukup untuk menjamin kemenangan? Atau faktor lain seperti sentimen semasa, kepimpinan dan kadar keluar mengundi akan menjadi penentu sebenar? Jom Sertai BERSAMA Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman https://bersama.org @Rafizi @Saiful Ramli #YBM #51 #nadirakyat #fypシ゚ #fypシ