@dakwatrakyatpost2025: SANDAKAN : Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) memutuskan untuk menolak cadangan penggabungan dengan KDMR selepas keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) persatuan berkenaan. Presiden SABAS, Datuk Juhari Janan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses perbincangan dan penelitian yang teliti bagi memastikan hala tuju perjuangan persatuan terus selaras dengan aspirasi serta kepentingan masyarakat Bangsa Sungai di Sabah. Menurut beliau, pendirian itu bukan bermaksud SABAS menolak hubungan baik dengan mana mana pertubuhan atau suku kaum lain di negeri ini. “SABAS tidak anti kepada mana mana suku kaum di Sabah, namun kami sentiasa memelihara hubungan baik dengan semua persatuan yang ada di Sabah selain terus mempertahankan budaya dan identiti Bangsa Sungai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Cadangan penggabungan tersebut sebelum ini dibangkitkan oleh Naib Presiden KDMR, Datuk James Ratib ketika sambutan Pesta Kaamatan Daerah Paitan pada 14 Mei lalu yang turut dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Juhari berkata, SABAS akan terus bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang bebas dalam memperjuangkan hak, kebajikan serta pembangunan masyarakat Bangsa Sungai. Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu merupakan suara bersama Ahli Majlis Tertinggi SABAS dan berharap semua pihak dapat menghormati pendirian berkenaan. Dalam pada itu, beliau menjelaskan SABAS kini bergabung di bawah Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) dan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua dalam gabungan tersebut. Tambahnya, SABAS akan terus komited memperkukuh perpaduan masyarakat Bangsa Sungai serta memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kepentingan dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Dakwat Rakyat Post
Region: MY
Sunday 07 June 2026 09:59:09 GMT
Music
Download
Comments
erwin_f3_18 :
Saya Dusun + Sungai lantaklah gabung atau tidak t penting mama sama Bapa saya sudah lama bergabung 🤣
2026-06-07 23:28:22
18
rnnymin :
bermakna Kaamatan tahun dpn bgsa sungai tdk ikut sambut Kaamatan lah kn..atau mereka ada perayaan sendiri suda
2026-06-07 12:22:30
58
hokagi4😋 :
Up to you la
2026-06-08 00:02:35
1
Oboy Fredlyn :
sungoi pun akar dia adalah lobou.sungoi adalah campuran dusun+lobou.semua dari paitan.
2026-06-07 11:16:11
27
acayjir :
susah klu tdk satu hati...
2026-06-07 11:05:43
28
_____@ :
tidak perlu gabung pun tiada masalah,hak masing-masing,semoga suara-suara dari persatuan kmu kuat lha dan di dengar klu sendiri",jgn sja suara kmu tenggelam sma org luar
2026-06-07 11:43:22
20
atitety :
bagus lagi sungai berdiri atas kaki srndiri.
2026-06-07 14:06:09
27
lysdemar :
mengaus kali tu sb knpa dari dlu tdk kna gabung.
2026-06-07 12:41:06
11
new bundle clothes :
binggung jg saya ni sungai tau asal usul mmg ptt gabung sama KDMR tambah la mundur.
2026-06-07 11:39:40
12
Azme :
So?😂
2026-06-07 21:47:26
1
Lee81 :
mau cari nama
2026-06-07 11:24:06
9
Mohd Rizali :
Bukan juga bah tu mengaus.. Sebab mungkin hairan kenapa tiba2.. Sebelum ndak..
2026-06-07 17:10:10
5
→D←😶🌫️ :
sungai terbaik budi pekerti tinggi
2026-06-07 23:26:12
1
user84835397269 :
walaupun saya bangsa sungai jarang juga sa tahu aktiviti sabas ne, di kdca memang ada rumah kebudayaan suku sungai tapi kegiatan selain di kdca jarang kita tahu yg sabas jalankan.
2026-06-07 17:11:01
3
10_🤨 :
sy Dusun sungaii mana² ja sebab Sy pun orng berdarah dusun😁
2026-06-07 12:33:34
5
Markcxx :
biarlah mereka..
2026-06-07 22:27:13
1
JJshop ENT :
mana saya tau saya mabuk🤣🤣🤣
aido nodi tadau kaamatan😂😂
2026-06-07 13:18:09
2
kusoisungoi🤟 :
sokong
2026-06-07 19:40:33
1
king bee :
persatuan.? ada bnyk persatuan sungai, bukan itu 1 sehaja dlm Sabah. bnyk lg ug brdaftar dgn R.O.S klu prsatuan tu tida mau,biarkan shja. ada bnyk lg prsatuan sungai d Sabah. apa pun saranan Yb James.R bukan paksaan atau sekadar politik,tp suatu yg patut ksmua bangsa asli Sabah perlu bersatu suda dn bukan kerana politik pun,dan lg suara prsatuan yg itu bukanLah suara menyeluruh smua suku sungai d Sabah, sbb masing2 ada kbebasan masing2 nk join atau tida(tidak terikat pun). namun tiada pksaan lah juga,yg penting Kdmr selalu terbuka tangan utk brsama berganding bahu menerajui kesepakatan dn keharmonian Sabah ini🙏
2026-06-07 15:15:35
5
iven :
x pa tu...pilihan kamu😄 biarla kdmr sja
2026-06-07 22:03:32
2
RadenBond :
Kerna ada Jawatan dlm Gabungan
2026-06-07 17:44:41
1
CL :
tiada paksaan juga tu..
2026-06-07 17:58:04
1
Jayyash :
adalah bha tu sebabnya..
2026-06-07 22:39:29
1
Rin and 80K other's :
jadi mau tepuk tangan la?
2026-06-07 16:56:17
1
J :
Xda masalah.masing2 ja.
2026-06-07 16:43:09
1
To see more videos from user @dakwatrakyatpost2025, please go to the Tikwm
homepage.