@jason.yew: 1. Saya baca kenyataan media PAS bertarikh 8 Jun 2026. Keputusannya mudah, mereka umum untuk hentikan kerjasama dengan BERSATU. 2. Maknanya, BERSATU sudah hilang nilai pada mata mereka. 3. Menarik apabila alasan yang digunakan ialah "penyatuan ummah". Saya ingat dahulu kerjasama PAS-BERSATU juga atas nama penyatuan ummah. 4. Sebenarnya kita tidak patut hairan. PAS ini dari dulu memang tak pernah berubah. Dulu kawan dengan Semangat 46, kemudian putus. Kawan dengan DAP dan PKR, kemudian putus. 5. Buat Muafakat Nasional dengan UMNO, pun diputuskan bila jumpa BERSATU yang ada kuasa kerajaan masa itu. 6. Sekarang bila BERSATU sudah tiada kuasa kerajaan dan dilihat makin lemah, giliran BERSATU pula ditinggalkan di tepi jalan. Habis madu, sepah dibuang. 7. Ternyata, takrifan 'Penyatuan Ummah' bagi PAS ini sangat anjal. Rupa-rupanya ummah hanya dikira bersatu selagi ada habuan kerusi dan jawatan menteri. Bila tak menguntungkan, tinggalkan sajalah. 8. Dan sekarang mereka kata nak teroka 'electoral pact' atau kerjasama baru dengan pihak lain pula. 9. Maksudnya, mereka sedang pasang jerat mencari mangsa baru. Kepada mana-mana parti yang nak tawar diri jadi kawan PAS selepas ini, beringat-ingatlah. Bersedialah dari awal untuk dikhianati. #PAS #Bersatu #perikatannasional
JASON Update
Region: MY
Monday 08 June 2026 23:14:27 GMT
Music
Download
Comments
azrinaireenatira :
umno ku sayang ...
2026-06-09 03:14:13
1
nadi :
huhuhu
2026-06-09 16:18:45
0
Anak Ganu :
DR Sam macam mana?
2026-06-09 11:12:37
0
endlot :
Ada duit Abah disayang
habis duit Abah ditendang
2026-06-09 00:50:17
7
Headhunters :
Bank dah bangkrup cri bank yg baru🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-06-09 02:53:54
4
MR Deen :
ala ameno da thegeh2 tu kn...haha
2026-06-08 23:22:43
3
elantra@ptk :
sbb ameno ada duit sikalang
2026-06-08 23:36:59
2
user387564 :
Memang Pas begitu ke?..
2026-06-11 07:00:38
0
tiger :
😝😝😝
2026-06-09 05:19:11
0
Ipin201lb :
Cerai la, lagi bagus
2026-06-09 04:00:56
0
hak kaum Orang Asli :
😅😅😅😅😅
2026-06-09 00:39:00
0
Jalil 2ndAcc :
😁😁😁
2026-06-09 00:42:00
1
Mushaddik Hassan :
😳😳😳
2026-06-09 01:12:23
0
Mann :
😂😂😂😂😂😂
2026-06-10 05:17:37
0
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm
homepage.