@shuqolife: SENANG TIDAK DATANG MUDAH Mungkin kerana adanya teknologi dan seumpamanya ada di depan mata kita sekarang, ia tetap tidak mengubah prinsip asas untuk mencapai sesuatu hasil atau kemenangan. Di mana kita boleh lihat asas untuk berjaya dalam hidup, itulah sukan. Satu orang atau kumpulan sukan hanya akan berjaya jika mereka cukup berusaha dari pesaing mereka. Maksudnya lebih banyak latihan, lebih kuat cabaran ditempuh maka disitulah akan membuka pintu kelebihan untuk mereka. Begitulah hakikat sebenar dalam hidup serta apa yang kita impikan, sekuat mana kita mahu berusaha lebih dari orang lain maka sejauh itulah pintu peluang akan terbuka untuk kita. Jadi walaupun teknologi itu memang betul amat banyak memudahkan kerja kita tapi itu tidak bermakna kita mengambil mudah usaha yang sepatutnya kita rencana juga laksanakan. #kerjakeras #motivasipagi #kuatsemangat #tidakputusasa