@ferdauzdaily: Tokku Paloh atau nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus. Beliau ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan penasihat Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu yang memerintah tahun 1881-1919. Beliau juga seorang ulama yang warak serta disegani seluruh rakyat Terengganu. Semasa hidupnya, pihak British memang gayat nak menjajah Terengganu. Hanya selepas peninggalannya barulah British berjaya mencampuri hal-ehwal politik negeri itu. Terdapat satu kisah yang terkenal berkenaan tokoh ini. Diceritakan, masalah terjadi bila British meminta Bukit Besar, sebuah kawasan milik Terengganu. Sultan bagaimanapun meminta British berunding dengan Tokku Paloh. Pihak British pun menemui Tokku Paloh untuk berunding.Tetapi apa yang dikatakan oleh ulama itu? British boleh mengambil Bukit Besar dengan syarat bukit itu hendaklah dibawa balik ke England. Tokku Paloh mengizinkan pihak British mengaut seberapa banyak tanah untuk diisi kedalam kapal mereka. Read between the lines...sebenarnya sultan tak membenarkan Bukit Besar diambil. Sebab itu baginda menghalakan British kepada Tokku Paloh yang pandai menyindir. Pihak British sangat marah dengan sindiran Tokku Paloh. Mereka memprotes dengan bangun dari kerusi mereka. Namun dengan kuasa Allah, kerusi mereka melekat di punggung masing-masing. Tokku Paloh terus menyindir dengan selambanya: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..." Pada masa itu, British masih percaya Terengganu tidak mempunyai kelengkapan senjata yang besar seperti meriam. Apabila kali kedua rundingan hendak dijalankan, pihak British membawa kapal perangnya menghampiri pantai Terengganu. Mendengarkan ini Tokku Paloh dan sultan mengarahkan meriam-meriam disusun di sepanjang pantai menyambut kapal perang British. Melihatkan ini, pihak British tidak berani menghampiri pantai Terengganu. Lebih menarik apabila diceritakan betapa Tok Ku Paloh sering mengingatkan pemerintah Terengganu khususnya agar tetap teguh mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan tanahair mereka dari ditakluki oleh penjajah. Ingatan ini diabadikan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu di dalam fasal “Tegahan di Atas Raja” seperti berikut: “Maka tiada lulus dan tidak sah sesekali Raja membuat perjanjian atau ikhtiar melepas atau menyerahkan negeri dan kerajaannya atau suatu bahagian daripada kuasa kerajaan kepada sebarang mana-mana kerajaan atau kepada kuasa-kuasa Eropah atau lainnya. Hasil daripada peranan Tok Ku Paloh inilah, akhirnya mendorong Sultan Zainal Abidin ke-3 membekukan Perjanjian 1910 seterusnya dapat mengelakkan Terengganu buat beberapa ketika daripada jatuh ke tangan British. British menunggu peluang untuk menguasai Terengganu walaupun Siam telah menyerahkan pengaruhnya ke atas negeri-negeri Melayu utara kepada British termasuk Terengganu. Walaupun Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah termeterai, namun British hanya berkuasa atas kertas sahaja selagi Sultan Zainal Abidin dan Tokku Paloh masih hidup. Sultan dan Tokku Paloh dapat berbuat sesukahati walaupun diancam oleh British. Siam pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana sejak dia berfantasi Terengganu duduk bawah dia pun Siam memang takde kuasa apa-apa dan hanya membiarkan Terengganu bebas memerintah. Apabila Tokku Paloh meninggal pada tahun 1917 dan Sultan Zainal Abidin pada tahun 1918, barulah kuasa Perjanjian Inggeris-Siam itu dapat dilaksanakan. Sumber : Srikandi
FerdauZDaily
Region: MY
Tuesday 09 June 2026 02:36:00 GMT
Music
Download
Comments
💕AYDA NURAIRA JAMMA💕 :
ulama tersohor suatu ketika dulu👍👍👍
2026-06-10 07:34:40
1
Berkah Yaman :
kalau ikutkan tu bukan gambar tok ku paloh..Tok ku paloh memang tak suka bergambar jadi sampai sekarang masih tiada gambar beliau
2026-06-09 06:20:49
11
Muslimin :
Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa ala ali Sayyidina Muhammad ya Allah kami rindu dengan nabi Muhammad saw ❤️🥰❤️🥰
2026-06-10 02:45:27
1
Mama7070 :
Alhamdulillah
2026-06-09 23:07:21
1
Mat Tuah :
alhamdulillah
2026-06-09 17:39:08
1
Barang_Murah :
ganu terbaik
2026-06-09 11:16:46
3
TORA_TORA. ♥️♥️🦁🦁 :
aku bertuah lahir di kampung Paloh..tempat ulamak besar
2026-06-09 13:30:51
2
MUHAMAD YUSRI :
allahummaa solliaalaa sai'iedinaa Muhammad
2026-06-09 11:59:58
2
ZAKRI_196 :
Innalillahiwainnalillahirajiun Alfatihah
2026-06-09 06:16:02
1
Fatimah Hassan :
Syukur Alhamdulillah .. lahir kat sana
2026-06-09 14:06:19
1
kak tikah (siput pink) :
tq share 👍
2026-06-09 13:18:14
1
hazrin769 :
terima ksih berkongsi
2026-06-09 08:48:01
1
Tuah Barakah :
Ni betul ke gambar sebenar tok ku paloh
2026-06-09 16:57:52
0
ATTACK :
gambar Datuk Bahaman
2026-06-09 12:19:19
2
SGG BAROKAH :
subhanallah
2026-06-09 13:35:01
1
amir :
ni bukan gambr tok ku paloh
2026-06-09 15:08:28
0
yoyooo.... :
ni bkn gmbo tokku paloh. sya generasi ke 5 tokku. tokku paloh x da stu pun gmba yg jd.
2026-06-09 23:34:38
1
🌷Che RuslyzayShawaRatuaini🕋 :
Along masalah kita apa hubungan suami isteri kan gitu jek tok guru dahulu
2026-06-09 02:49:45
2
amir :
tok ku paloh tidak bergambr
2026-06-09 15:08:59
0
jacky Lee :
👍👍👍
2026-06-09 04:13:28
1
To see more videos from user @ferdauzdaily, please go to the Tikwm
homepage.