@olanzanwar: Jangan ulang lagi kesilapan yang sama. Sudah-sudahlah dengar penceramah yang pandai bercakap tetapi tidak pernah mengurus operasi sebenar. Nak berjaya? Fokus SATU bidang dan kuasainya. Minat tanaman ternakan? Fokus kepada pengeluaran rumput, kesuburan tanah dan bekalan makanan yang konsisten. Tanpa makanan, tiada ternakan yang boleh berkembang. Minat pemakanan ternakan? Fokus kepada nutrisi, formulasi makanan dan kos pengeluaran. Makanan bukan sekadar untuk kenyang, tetapi menentukan prestasi dan keuntungan. Minat breeding program (pembiakan baka)? Fokus kepada genetik, rekod prestasi dan pemilihan baka. Matlamatnya adalah menghasilkan generasi ternakan yang lebih baik daripada generasi sebelumnya. Minat breeding herd? Fokus kepada kesuburan, kadar kelahiran, kadar cerai susu dan pengurusan induk. Anak yang berkualiti adalah asas kepada keseluruhan industri. Minat feedlot operation? Fokus kepada diet, kadar pertumbuhan harian dan kecekapan penukaran makanan. Setiap kilogram kenaikan berat mempunyai nilai dan kiraannya. Minat rumah penyembelihan? Fokus kepada kebajikan haiwan, pematuhan syariah, kebersihan, keselamatan makanan dan kualiti daging. Kesilapan kecil boleh memberi kesan besar kepada seluruh rantaian bekalan. Ingat… Sistem makanan berbeza. Sistem pembiakan berbeza. Sistem penggemukan berbeza. Sistem penyembelihan berbeza. Setiap sistem memerlukan kemahiran, pengalaman, operasi dan pemantauan yang berbeza. Ramai nampak semuanya boleh dibuat dalam satu tempat. Hakikatnya, ramai yang dah melingkup tersungkur rugi dan ramai yang bankruptcy kerana gagal memahami bahawa setiap sektor mempunyai fokus dan kepakaran tersendiri. Kalau masih degil mahu buat semuanya sekali gus, ibarat menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam stor yang sama. Nampak mudah, tetapi akhirnya semuanya rosak. Industri ternakan bukan tempat untuk jadi “jack of all trades”. Fokus satu bidang. Kuasai satu bidang. Jadi yang terbaik dalam bidang tersebut. Dan yang paling penting dalam semua ini ialah INTEGRITI. Tanpa integriti, ilmu jadi kosong. Tanpa amanah, sistem akan runtuh walaupun nampak hebat di luar. Cari ilmu yang betul. Jangan terpengaruh dengan yang hanya nampak hebat di media sosial. Mai Olanz bawa hampa turun ke lapangan, lihat dengan mata sendiri, belajar dari operasi sebenar, bukan sekadar cerita. Realiti lebih penting daripada persepsi. Luncurrrrr!
Olanz Anwar
Region: AU
Tuesday 09 June 2026 12:57:37 GMT
Music
Download
Comments
kucingcomel :
mana ni bang?
2026-06-09 20:25:13
1
PK :
Terbaik Maulana Olanz Al-Langgari menjelaskan segmen² dalam industri penternakan ruminan. Itulah yang sepatutnya di amalkan jika kita ingin maju. 👍👍👍
2026-06-10 00:31:51
1
hamkashomiad :
satu pencerahan yg terbaik
2026-06-17 04:49:59
1
Sang Ruminan Empire :
padu 👍
2026-06-10 07:02:58
1
Teng86 :
Alhamdulillah saudara 💪💪
2026-07-09 04:11:27
1
Z.A :
rumput apa tu bang
2026-06-10 10:45:40
1
ahmadripaieripaie :
2026-06-09 17:30:42
1
user5810015075072 :
👍👍👍padu boss ku,Bismillah
2026-06-09 13:02:49
1
Sir Panjang :
Ok faham.
2026-06-09 13:18:58
1
c.ngoh :
lain dari yang lain..mantap
2026-06-09 14:51:43
1
muhdsyafwanmohdna :
jelas padat Dan mutakhir
2026-06-09 14:51:23
1
Ahmad Matt :
SubhanAllah, MashaAllah....xteruvap dgn kata kata, terima kasih ya Allah hadir kan insan yang Telus Dan tulus
2026-06-09 13:15:13
1
محمد رحمد بن أمبوتو :
🥰🥰🥰
2026-06-10 00:16:19
1
FLOKI :
🥰🥰🥰
2026-08-09 16:01:48
0
To see more videos from user @olanzanwar, please go to the Tikwm
homepage.