@amir.selayang: Politik negara kembali hangat apabila timbul dakwaan mengenai "Langkah Bangkok" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin, wakil PAS dan beberapa pemimpin lain bagi membincangkan kemungkinan jajaran politik baharu. Antara spekulasi yang paling hangat diperkatakan ialah usaha untuk mengangkat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri melalui penyusunan semula sokongan politik di Parlimen. Namun, percaturan tersebut dikatakan tidak mendapat sambutan daripada wakil Sarawak yang dilihat lebih mengutamakan kestabilan kerajaan dan negara berbanding permainan politik kuasa. Di media sosial, sentimen itu diterjemahkan melalui satu ungkapan yang kini semakin tular: "Kami bukan paloi." Sama ada dakwaan mengenai Langkah Bangkok itu benar atau tidak, mesej yang jelas ialah rakyat mahukan kestabilan politik, bukannya satu lagi episod perebutan kuasa. Malaysia perlukan kerajaan yang stabil, bukan kerajaan yang sentiasa cuba ditukar.