@nguynthanhhu026: Level up your look with the ultimate distressed denim jacket. Perfect for that sharp street style vibe. How would you style it? #streetwear #mensfashion #denimjacket #ootdmen #StreetStyle

Jaxson Reed
Jaxson Reed
Open In TikTok:
Region: US
Wednesday 10 June 2026 12:50:00 GMT
692
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nguynthanhhu026, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


"Sesungguhnya aku berpuasa." Itulah yang Nabi kita ajar bila ada orang maki kita atau mak ajak gaduh apatah lagi mereka maki kerana kita mengajak kebaikan. . Buat semua khususnya kalian berdua; 1. Salah satu jawapan bahaya dalam isu solat terawih adalah, "Alaa sunat jer. Tak dosa pun." Sedarkah mereka walaupun Terawih itu sunat, tapi ia adalah sunat yang dituntut (muakkad), nabi tak tinggal setiap kali Ramadan sehingga ke akhir hayat Baginda. Apatah lagi Ramadan datang setahun sekali. Apa jaminan kita terus hidup bernyawa bertemu Ramadan akan datang? . 2. Yup benar mall tutup 10mlm. Namun waktu terawih tidak terhad hingga jam 10 malam tapi sehingga sebelum Subuh, tidak terhad hanya di masjid/surau, jika tak sempat berjemaah maka seorang diri di rumah pun boleh. . 3. Malaikat mendoakan keburukan kepada mereka yang mensia-siakan Ramadan. Dalam hadis daripada Abu Hurairah RA;  . ‎أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907] . 4. Bukan awak sahaja pendosa, saya pun pendosa. Kita semua pendosa. Ramadanlah medan kita memohon ampun dari dosa kerana pintu pengampunan sangatlah luas! . 5. Nak shopping silakan. Nak running silakan. Nak lepak mamak silakan. Nak badminton, pickleball silakan. Namun usahalah untuk tunaikan terawih selepas itu. Moga Allah kurniakan ilmu & hidayah buat kalian saya doakan . 6. Hikmah besar Nabi berterawih di masjid hanya 3 hari. Hari berikutnya nabi berterawih di rumah. Tujuannya kita dapat amal keluasan berterawih. Tidak dapat ke masjid, boleh buat di rumah. Tak senpat selepas Isyak, boleh buat bila-bila masa sebelum Subuh. Buat 2 rakaat, rehat jap. Sambung lagi 2 rakaat, rehat sekejap sehingga lengkap 8 rakaat. Nak buat 20 silakan. Nak buat 36 rakaat sepertimana dalam Mazhab Maliki pun silakan. Then buat witir sekurangnya 1 rakaat. Walaupun ia sunat, tapi Nabi tak pernah tinggal sehingga akhir hayat Baginda. Bayangkan jika ini Ramadan kita yang terakhir 🥺

About