@jason.yew: 1. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat memandang serius isu tular berkenaan bangunan kediaman bertingkat yang didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat. 2. Struktur bangunan haram tersebut didirikan sebahagian besarnya di atas tanah hak milik individu (HSM 5345 PT 3940), manakala sebahagian kecil lagi menceroboh rizab jalan dan rizab sungai yang bersebelahan. 3. PDT Hulu Langat telah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kepada pemilik struktur pada tahun 2017, 2020, 2021, dan terbaharu pada 13 Mac 2025. 4. Operasi perobohan bersepadu pernah dilaksanakan pada tahun 2017 melibatkan pelbagai agensi termasuk LUAS, PDRM, MPKj, JKR, TNB, dan JPS. 5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengeluarkan notis dan tawaran kompaun pada tahun 2016, 2017, 2019, dan 2021 kerana membina bangunan tanpa kebenaran bertulis. 6. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membuka kertas siasatan pada tahun 2025 bagi tindakan kompaun; pesalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun jika disabitkan kesalahan. 7. Jabatan Imigresen bersama PDRM telah menahan 42 orang warga asing dalam OPS Kutip pada 28 Februari 2025 atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. 8. Tindakan perobohan ke atas bangunan kediaman bertingkat tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa. #sungaimakau #hululangat #flatrohingya

JASON Update
JASON Update
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 10 June 2026 21:57:08 GMT
8863
200
4
16

Music

Download

Comments

nelson_mandela7
Anak Jantan ✌️ :
Bila..??????
2026-06-11 11:46:08
0
hehejwkeiehjene
Cici :
Mana dapat elektrik?
2026-06-10 22:35:02
7
ariffinyusoff486
Ipin201lb :
Bukannya kukuh sangat struktur yg asal untuk tampung..
2026-06-11 00:03:18
1
jalil_2nd
Jalil 2ndAcc :
🤲🤲🤲
2026-06-12 04:03:05
0
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About