@hafizmustadi: Seekor gorila bernama Kiyomasa dari sebuah zoo di Jepun mencuri perhatian selepas haiwan itu dirakam seolah-olah sedang termenung panjang susulan perselisihan dengan seekor gorila betina, lapor The Economic Times. Klip yang tular di pelbagai platform media sosial itu menunjukkan Kiyomasa, gorila jantan berusia 13 tahun, duduk bersendirian di atas beberapa anak tangga konkrit, seakan-akan tenggelam dalam fikirannya sendiri. Kiyomasa dilihat menyandarkan dagunya pada tangan dalam posisi yang mengingatkan kepada seorang ahli falsafah yang sedang memikirkan persoalan besar kehidupan. #Kiyomasa #Gorilla #Japan