@empat4enam6: Sekitar hampir sedekad lalu, lagu Selamat Malam Rohingya memang berkumandang di corong radio Malaysia hasil dendangan Syed Amran Al-Yahya. Memang menusuk kalbu lagu ni dan sedikit sebanyak memberi kesan la jugak di kalangan warga Malaysia dek mengenangkan penderitaan orang Rohingya ni. Tapi tu dulu lah. Sekarang ni lain pulak ceritanya. Siapa sangka dari simpati dan kesian dengan bangsa ni, negara kita kini telah menjadi mangsa gelombang tsunami lambakan warga Rohingya yang semakin hari semakin besar pulak kepalanya mengalahkan warga tanah air sendiri. Populasi mendadak pelarian Rohingya ni tak bermula secara tiba-tiba tapi datang dengan kronologinya yang lengkap. Cukuplah sekadar kita rumuskan yang masalah tsunami Rohingya ni adalah kesan yang kita kene tanggung disebabkan oleh perangai pemimpin terdahulu kita yang nak tunjuk hero di mata dunia. Mungkin ramai yang tak lahir lagi sewaktu gelombang awal kemasukan Rohingya yang telah berlaku di era Mahathir. Pada waktu itu Malaysia mahu dilihat sebagai negara Islam yang prihatin terhadap nasib umat Islam yang ditindas. Niat itu mungkin baik, tetapi masalahnya kerajaan membuka ruang kemasukan tanpa menyediakan mekanisme kawalan yang benar-benar berkesan. Tiada perancangan jangka panjang yang jelas untuk mengawal jumlah kemasukan, memantau penempatan atau mengurangkan kesan kepada komuniti tempatan. Akibatnya, komuniti Rohingya berkembang di beberapa kawasan tertentu dan isu pendatang asing semakin sukar dikawal. Keadaan pula diburukkan oleh segelintir penjawat awam yang sanggup makan rasuah sehingga penguatkuasaan menjadi longgar. Kemudian datang gelombang kedua apabila penindasan terhadap Rohingya di Myanmar semakin memuncak. Pada masa yang sama, Najib dan PAS mula mencari titik kerjasama politik. Isu Rohingya menjadi platform yang sesuai untuk menunjukkan solidariti dan pada masa sama merapatkan hubungan politik yang sebelum itu agak tegang. Time ni lah wujudnya lagu Selamat Malam Rohingya tu sebab jaman tu ahli politik rakus mencari isu yang dekat dengan rakyat maka isu kemanusiaan memang sentiasa trending lah. Tak salah bersimpati dengan Rohingya kerana mereka memang menjadi mangsa penindasan. Tetapi apabila ahli politik mula berlumba-lumba nak tunjuk terpaling hero, mengadakan himpunan besar dan bercakap seolah-olah Malaysia sentiasa terbuka untuk menerima lebih ramai lagi, mesej yang sampai kepada dunia juga berubah. Lebih membimbangkan apabila muncul pulak cadangan supaya Rohingya diberikan kewarganegaraan dan kebimbangan rakyat mengenai keselamatan serta kesan sosial dipandang ringan. Solidariti itu penting, tetapi kedaulatan dan kepentingan negara juga penting. Hari ini, rakyat bukan lagi bercakap tentang apa yang berlaku di Myanmar. Rakyat bercakap tentang masalah yang berlaku di Malaysia. Persaingan pekerjaan, penempatan yang semakin padat, isu keselamatan, kelemahan penguatkuasaan dan pelbagai kesan sosial lain menjadi topik utama. Sudah tentu tidak adil untuk menyalahkan seluruh komuniti Rohingya atas semua masalah tersebut. Tetapi juga tidak jujur untuk berpura-pura bahawa tiada masalah langsung yang wujud. Di saat rakyat kais pagi makan pagi, boleh pulak bangsa ni berpeleseran berniaga dan bukak bisnes serta mengambil hak yang sepatutnya milik rakyat Malaysia. Akhirnya, apa yang kita hadap hari ini adalah hasil gabungan dasar yang longgar, penguatkuasaan yang lemah, budaya rasuah dan ahli politik yang lebih gemar berlagak hero daripada memikirkan kesan jangka panjang. Yang peliknya, masih ada yang mahu mengangkat tokoh-tokoh yang membantu mewujudkan keadaan ini seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap akibatnya. #fyp #rohingya
4empat6
Region: MY
Thursday 11 June 2026 11:12:11 GMT
Music
Download
Comments
jakiMail :
itu lah
2026-06-11 11:55:26
0
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm
homepage.