@tauffek_ilyas: Kabel dicuri, kitani semua yang rugi. Masalah cable theft bukan sekadar gangguan talian komunikasi. Ia boleh menjejaskan perkhidmatan penting, keselamatan awam dan kehidupan seharian kitani. Sebagai rakyat Brunei, kitani semua ada peranan untuk dimainkan. Jika terlihat aktiviti yang mencurigakan, jangan berdiam diri. Laporkan kepada pihak berkuasa dan jangan membeli barang yang tidak jelas asal-usulnya. Setiap tindakan kitani mampu membantu menghentikan jenayah ini daripada terus berlaku. Brunei ani rumah kitani. Sama-sama kitani jaga dan lindungi negara yang kitani cintai. 🇧🇳 Kalau bukan kitani, siapa lagi? #JagaBrunei #StopCableTheft #BruneiDarussalam #KesedaranAwam #BersamaMenjagaNegara