Iss .🐦🔥 :
: Aku pernah percaya… bila kita ikhlas menyayangi seseorang, suatu hari nanti keikhlasan itu akan dihargai juga. Aku fikir, kalau aku terus bertahan, terus memahami, terus memberi yang terbaik… hati seseorang itu akan lembut dengan sendiri. Tapi rupa-rupanya aku silap. Tidak semua keikhlasan dibalas dengan penghargaan. Ada masanya, semakin tulus kita mencintai, semakin mudah kita dipandang tidak bernilai.
Ikhlasku ditolak. Beriaku dipijak. Effort yang aku beri sepenuh hati dianggap biasa, malah direndahkan seolah tidak pernah bermakna. Kesetiaan yang aku jaga mati-matian pula disia-siakan tanpa rasa bersalah. Sampai satu tahap, aku mula duduk sendirian dan bertanya pada diri sendiri… “Apa lagi yang kurang pada aku? Apa lagi yang harus aku perbaiki supaya aku layak dihargai?”
Penat… terlalu penat hidup dalam keadaan sentiasa merasa tidak cukup. Tidak cukup baik untuk dipilih. Tidak cukup sempurna untuk dihargai. Sedangkan aku sudah memberi hampir seluruh hati yang aku ada. Aku belajar memahami perangai dia, menjaga perasaan dia, memaafkan berkali-kali walaupun hati sendiri yang paling banyak terluka. Tapi akhirnya aku sedar satu perkara… kadang-kadang masalahnya bukan kerana kita kurang baik, tetapi kerana kita memberi hati pada orang yang memang tidak tahu menghargai.
Sakitnya bukan sebab tidak dicintai semata-mata. Tapi sakit bila segala usaha yang kita lakukan langsung tidak dipandang. Kita berjuang siang malam menjaga hubungan, sementara dia dengan mudahnya membuat kita terasa seperti beban. Kita menangis diam-diam memikirkan cara untuk memperbaiki hubungan, sedangkan dia langsung tidak peduli jika kita terluka.
Dan yang paling menyedihkan… terlalu lama disakiti membuat kita mula menyalahkan diri sendiri. Kita mula rasa mungkin kita tidak cukup cantik, tidak cukup sempurna, tidak cukup tenang, tidak cukup segala-galanya. Padahal hakikat sebenar, orang yang tepat tidak akan membuat kita tertanya-tanya nilai diri sendiri. Orang yang benar-benar menghargai kita tidak akan membiarkan kita menangis sendirian sambil mempersoalkan kekurangan diri.
Aku cuma manusia yang ingin dihargai seadanya. Aku tidak meminta dilayan seperti sempurna,
2026-06-12 02:37:39