@maniralaksana: Mungkin Dia Bukan Orang Yang Salah. Kau Cuma Terlalu Cepat Menganggap Dia Jodoh. Kita sering menyebut “orang yang salah” untuk menenangkan hati yang kecewa. Padahal, kalau difikirkan semula, adakah dia pernah berjanji untuk tinggal? Atau kita yang terlalu cepat membina masa depan dalam kepala sendiri? Kita jatuh cinta pada harapan. Kita menyayangi bayangan tentang siapa dia. Lalu apabila realiti tidak seindah imaginasi, kita menyalahkan takdir. Hakikat yang sukar diterima: Bukan semua orang yang membuatmu bahagia ditakdirkan untuk menjadi milikmu. Kadang Allah hanya mahu kau belajar. Belajar mencintai tanpa memiliki. Belajar berharap tanpa bergantung. Dan belajar bahawa ketenangan sebenar bukan datang daripada manusia, tetapi daripada reda terhadap apa yang Allah pilihkan. #beranda #tentanghati #pelajaranhidup #selfreminder #katakata