@jason.yew: PRN Johor Dahulu, Negeri Sembilan Kemudian — Kebetulan atau Percaturan? Keputusan SPR untuk mengasingkan pelaksanaan PRN Johor dan Negeri Sembilan secara sengaja telah mencetuskan satu tanda tanya besar dalam kalangan rakyat. Tindakan ini bukan sahaja ganjil, malah dilihat seolah-olah mempunyai niat tersirat yang direka demi memberi kelebihan taktikal kepada parti politik tertentu. Sejarah dan precedent membuktikan bahawa SPR sentiasa berupaya menyelaraskan pilihan raya yang melibatkan pembubaran berhampiran. Bukti paling jelas adalah PRN Enam Negeri pada tahun 2023; walaupun tarikh pembubaran DUN berbeza-beza, SPR berjaya melaksanakannya secara serentak demi menjimatkan dana awam dan melancarkan kelangsungan demokrasi. Namun, amat mencurigakan apabila DUN Johor dan Negeri Sembilan yang dibubarkan dengan sela masa hanya tiga hari, gagal disekalikan. Lebih tidak masuk akal, tarikh Penamaan Calon bagi Negeri Sembilan sengaja dilewatkan dan hanya bermula selepas proses pengundian di Johor tamat sepenuhnya. Persoalannya: Mengapa SPR perlu menunggu keputusan PRN Johor sebelum memulakan proses di Negeri Sembilan? Tindakan melengahkan masa ini tidak boleh dipisahkan daripada naratif politik semasa. Umum mengetahui bahawa kepimpinan UMNO dan PAS di Negeri Sembilan masih berteka-teki berhubung pembentukan kerjasama di negeri tersebut. Adakah jadual pilihan raya ini sengaja dicatur bagi menjadi 'talian hayat' kepada UMNO dan PAS? Ia jelas memberi ruang, masa, dan kelebihan taktikal kepada kem tersebut untuk menjadikan keputusan PRN Johor sebagai ujian kayu pengukur sebelum mereka memuktamadkan sebarang keputusan gabungan di Negeri Sembilan. Perkara ini meletakkan kredibiliti Pengerusi SPR di bawah mikroskop rakyat. Umum sedia maklum akan latar belakang beliau yang pernah berkhidmat sebagai KSU di kementerian yang diterajui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Hubungan lampau ini mewujudkan persepsi dan syak wasangka munasabah bahawa wujudnya "tangan ghaib" yang cuba mencatur institusi bebas ini. SPR bukanlah agensi pelaksana strategi parti politik. Pengerusi SPR wajib tampil dengan segera untuk memberikan penjelasan teknikal dan logik yang konklusif, mengapa kedua-dua PRN ini tidak disekalikan. Rakyat menuntut ketelusan. Jangan biarkan kebebasan dan integriti sistem demokrasi negara dilacurkan semata-mata untuk memberi kelebihan percaturan politik kepada pihak-pihak tertentu. #PRNJohor #PRNNegeriSembilan #SPR
JASON Update
Region: MY
Friday 12 June 2026 06:29:00 GMT
Music
Download
Comments
TokDaddy :
Nampak macam ada percaturan strategi saja ni ,
2026-06-12 07:26:15
24
Ninani07 :
Knp xboleh johor dlu? Kan johor umum dlu..
2026-06-12 08:15:53
2
machovsey37 :
should be concurrent so that you can't use one to predict the other
2026-06-12 15:07:59
0
Salman Hamidi Shaary :
Test market
2026-06-12 08:14:16
9
Alzaheed55 :
mcm dh diatur jer
2026-06-12 12:49:18
7
koleksikomen :
Siapa ketua spr sekarang?
2026-06-12 07:59:51
2
asri_starz30 :
saya rasa ini perancangan PH....
2026-06-12 12:38:44
4
Peter :
pmx patut Tanya!
2026-06-12 09:29:14
0
Musafir Berkelana :
rasanya percaturan...test market
2026-06-12 13:26:33
1
A..Z..H..B :
percatutan spr berpolitik
2026-06-12 11:58:15
1
IZWAN_OMAR :
percaturan
2026-06-12 12:59:48
0
farifaziz88 :
Allah swt sebaik baik nya
2026-06-12 09:10:20
1
Obinata Koji 1136 :
Lain negeri kalau serentak kos lagi tinggi
2026-06-12 13:03:35
0
Rohaizad ruzLan27 :
ermm mkin mgarut
2026-06-12 14:30:08
0
Aries Syaz :
pmx lebih tahu
2026-06-12 11:57:14
0
naza_ra'ani :
caturrr
2026-06-12 13:50:12
0
FauziOz :
next Perlis pulak PRN
2026-06-12 13:06:19
0
zaff baba :
Selangor ke
2026-06-12 09:19:27
0
Hamz :
jelas percaturan strategi.
2026-06-12 07:28:38
7
Abg Long Utor :
oklah tu
2026-06-12 12:20:01
0
Abe Ein :
2026-06-12 15:57:21
0
comrade_nobita. :
ada peluang ke PAS dan UMNO bergabung?
2026-06-12 09:25:28
1
A.R jb :
buat serentak kan bagus.tunggu respon spr.apa rasional buat asing bkn serentak.
2026-06-12 07:27:26
3
a L Q u d w A H :
pmx takkan diam jer..
2026-06-12 08:28:23
0
Rosli MFR :
Jika benar.. PMX kena masuk campur..
2026-06-12 07:35:23
3
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm
homepage.