@amir.selayang: Masuk podcast. Masuk forum. Masuk wawancara. Keluar media. Mengulas krisis adat Negeri Sembilan dari A sampai Z. Bercakap seolah-olah pemerhati bebas. Bercakap seolah-olah pakar yang hanya mahu memberi pencerahan kepada rakyat. Tapi yang rakyat baru tahu... Rupanya ketika sibuk menjelajah podcast menerangkan siapa betul dan siapa salah, beliau sudah pun dilantik sebagai penasihat kepada salah satu pihak yang terlibat. Eh... Kalau dah jadi penasihat, cakaplah awal-awal. Biar rakyat tahu mereka sedang mendengar pandangan seorang pakar bebas atau hujah seorang penasihat yang telah dilantik. Sebab itu dalam apa jua perbicaraan, saksi kena dedahkan kepentingan. Dalam apa jua urusan korporat, pengarah kena dedahkan konflik kepentingan. Dalam apa jua krisis, ketelusan itu penting. Kalau tidak, rakyat akan tertanya-tanya: Yang masuk podcast tu pakar adat... atau penasihat yang sedang mempertahankan anak guam?