@polisperlis: 🎉 PROGRAM SINERGI PDRM BERSAMA MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN KEPUTERAAN KE-83 DYMM TUANKU RAJA PERLIS 🎉 Sempena Sambutan Keputeraan Ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Perlis dan sekitarnya untuk memeriahkan Program Sinergi PDRM Bersama Masyarakat yang akan berlangsung pada: 📅 Tarikh: 19 Jun 2026 🕙 Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam 📍 Lokasi: Perkarangan Tempat Letak Kereta Kangar Jaya Mall Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga, antaranya: ✨ Persembahan Motor Rodeo ✨ Demonstrasi Cegah Rusuhan (LSF) ✨ Demonstrasi T-Baton dan Sketsa PDRM ✨ Demonstrasi Memasak ✨ Pameran Aset PDRM ✨ Persembahan Payung Terjun VAT69 ✨ Persembahan Tarian Perang (PGA Senoi Praaq) ✨ Pameran Motosikal Harley Davidson ✨ Pertandingan Motosikal Retro/Klasik ✨ Poco-poco, Karaoke, Pameran dan Jualan, serta pelbagai lagi aktiviti menarik! 📣 Save the Date! Jadi jom! bawa keluarga dan rakan-rakan, hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan program ini sambil mengeratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat. Jumpa anda di Kangar Jaya Mall! #PolisPerlis #Sinergi #polisdanmasyarakatberpisahtiada