@iiiskandar_6: PENENTUAN STATUS PELARIAN BUKAN JAMINAN JADI WARGANEGARA Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan pendaftaran pelarian melalui sistem seperti TRIS (Tracking Refugees Information System). Langkah ini diambil sebagai usaha memperkukuhkan tahap keselamatan negara. Selain itu, ia juga sebagai usaha kerajaan untuk mengumpul data biometrik, memantau keberadaan, serta memastikan profil setiap pelarian direkodkan secara rasmi di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan. Bukan lagi bergantung dengan data pihak luar semata-mata. Walau bagaimanapun, langkah pendaftaran oleh KDN ini dilakukan hanya untuk tujuan saringan & pemantauan keselamatan, bukannya proses pemutihan untuk pemberian kerakyatan. Jangan risau kerana kerajaan tetap berpendirian tegas bahawa pendaftaran ini tidak mengubah status undang-undang pelarian sebagai warga asing yang tinggal sementara. Yang pasti, mereka sama sekali tidak mempunyai hak atau jaminan untuk menjadi warganegara Malaysia. #PATI #KDN #Malaysia #fyp

Melayu Ori
Melayu Ori
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 12 June 2026 09:18:44 GMT
3159
13
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @iiiskandar_6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About