@onnhafiz: Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor atas perkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi. Syukur Alhamdulillah. Keberangkatan ini bukan sahaja menyemarakkan lagi pengimarahan rumah Allah, malah mencerminkan hubungan akrab Institusi Diraja Johor bersama rakyat, serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan Bangsa Johor. Masjid Felda Air Tawar 5 yang dibina di atas tanah GSA Felda seluas 0.997 ekar mula dibina pada September 2021 dan siap sepenuhnya pada Februari 2024 dengan peruntukan RM3.8 juta. Masjid ini mampu menampung sehingga 1,500 jemaah serta berperanan sebagai pusat ibadah, pembangunan ummah dan aktiviti kemasyarakatan. Semoga Masjid Felda Air Tawar 5 terus dimakmurkan dengan pelbagai program ilmu, ibadah dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat, seterusnya menjadi pemangkin kepada perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz
Region: MY
Saturday 13 June 2026 09:54:28 GMT
Music
Download
Comments
Khai :
negeri johor paling banyak masjid dan sekolah agama... semoga johor dan sultan johor serta bangsa johor sentiasa dalam lindungan Allah...
2026-06-13 14:15:22
339
Sue01 :
Atok sye diri seblah seblh TMJ 🥰
2026-06-13 14:50:06
81
AdianadanishawaQhairenZkarnain :
felda sungai mas x masuk ke TMJ
2026-06-14 02:26:32
13
CkgR@diz@m🇲🇾 :
Menjunjung Kasih Tuanku
#OnnHafiz
#Majujohor
#KKM78
2026-06-13 12:29:12
12
KAMAL :
TERBAIK TMJ, RMJ DAN MB JOHOR SELALU BANTU RAKYAT BERJASA SEJAK DAHULU
2026-06-13 12:37:54
12
hadiviva :
2026-06-13 21:24:09
10
عزمين كاميس :
Smart Tuanku bawa anak ke majlis. Kepimpinan melalui tauladan. Johor Maju Sejahtera
2026-06-14 12:52:22
7
Asma Zarah :
MY ROYAL JOHOR DARUL TAKZIM
DAULAT TUANKU🙏🙏🙏
TERBAIK MY MBJ DATO' ONN HAFIZ GHAZI
MAJU JOHOR💙❤️
2026-06-13 10:13:52
7
Jumiaah2C :
saya anak jati felda air tawar 5 amat berbangga sekali kerana tmj sudi dtng ke felda kami..
2026-06-13 15:44:09
6
Yot Re-Store :
MY ROYAL JOHOR DARUL TAKZIM
DAULAT TUANKU🙏🙏🙏
TERBAIK MY MBJ DATO' ONN HAFIZ GHAZI# TERIMA KASIH MB
MAJU JOHOR💙❤️
2026-06-13 12:36:17
6
Sha iela323 :
Syukur Alhamdulillah atas nikmat yg kau berikan Terima kasih pd mereka yg terlibat...
2026-06-14 03:50:12
5
Hani Mohamed Said :
kacak betul TMJ wajah die mirip ank sy no 2 semua ckp cmtu bile jumpe ank sy mungkin tarikh lahir bonda TMJ sama ngn sy kebetulan☺️maafkn mkcik 🙏🙏
2026-06-13 11:57:36
5
❤️ Madam Cantik❤️ :
ni bila baru baru ni ke..jun 2026 ke
2026-06-13 13:14:40
5
Suhaimi Said :
Menjunjung Kasih Tuanku
#OnnHafiz
#Majujohor
#KKM78
2026-06-13 10:21:37
5
BOSSBOY77 :
Menjunjung kasih Tuanku#OnnHafiz#Majujohor#KKP19
2026-06-13 11:29:59
4
😍 MR.$H∆®|F 😍 :
Syukur Alhamdulillah Tabarakallah. ☺️👍🥰
2026-06-13 10:40:28
3
Bang Argus :
2024
2026-06-13 17:07:31
3
Hani Ra’il :
Moga Allah SWT berkati Johor 💙🤲
2026-06-13 10:57:01
3
Zaffranx :
Pam minyak tanjung sedili apa cerita?
2026-06-16 12:23:45
3
Azie01_ :
Aamiin 💙♥️Alhamdulillah
2026-06-13 12:19:43
3
kubaru :
Daulat Tuanku..🥰🥰🥰
MBJ terbaik..
2026-06-13 14:14:34
2
azadrafi1 :
take love🥰❤️😍
2026-06-13 10:11:55
2
ApitSardi :
wahh.. mantap kampung ku..
2026-06-14 02:30:00
2
Youshida Hamid :
💙❤️💙❤️🤲🤲
2026-06-13 12:05:27
2
𝕷𝖎Y̸𝖆𝖓𝖆.H̸𝖆z̸W̸𝖆𝖓𝖎 :
Kurang rehat nya.. 🤲🏻Semoga semua sentiasa dimurahkan rezeki
2026-06-13 10:57:01
2
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.