@amir.selayang: Anthony Loke cuma ajak naik KTM Komuter Selatan yang dibina dan diurus bawah Kementerian Pengangkutan. Kalau betul tak mahu ada kaitan dengan DAP, adakah Onn Hafiz akan tolak jemputan itu? Hakikatnya, politik matang bukan soal duduk semeja atau duduk sebelah siapa. Politik matang ialah bekerjasama demi rakyat. DAP, PKR dan AMANAH berada dalam Kerajaan Persekutuan yang meluluskan pelbagai projek pembangunan untuk Johor. Kalau demi rakyat Johor, apa salahnya duduk sebelah dalam KTM selama beberapa minit? Atau adakah retorik politik lebih penting daripada kemudahan rakyat?