@qalamquote: Ini bukan untuk menyebarkan kebencian tanpa mengira apa pun agama mereka. Ini tentang Hak Asasi Kemanusiaan kepada pendatang ialah untuk mereka yang datang dengan cara yang benar dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh negara. Tiada Hak kepada mereka yang tidak mengikuti peraturan dan tidak memperjuangkan tanah air mereka. Walaupun majoriti mereka ialah orang yang beragama Islam, itu bukanlah ticket untuk mereka melakukan kesalahan atau jenayah di negara yang mereka tumpang. Jika kehadiran mereka mengancam kesejahteraan masyarakat, mereka harus diambil tindakan undang-undang. UNHCR bukanlah ticket bagi mereka untuk tidak mematuhi undang-undang. kerajaan harus tegas dengan masalah yang berlalu melibatkan pendatang asing ini. Tidak dinafikan juga Malaysia ialah negara yang baik, namun itu bukanlah menjadi suatu cerminan yang menunjukkan kelemahan sistem undang-undang negara kita yang berdaulat. Jangan sekali-kali samakan rakyat Palestine dengan Rohingya, kerana palestin mempunyai maruah dalam mempertahankan negara mereka. sedangkan Rohingya lari dari peperangan.