@asli_myofficial: 13 Jun — Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan partinya bersetuju untuk mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen PAS dan wakil rakyat parti baharu, Reset (Parti Wawasan Negara). Abdul Hadi turut mendedahkan bahawa beliau menolak desakan daripada kepimpinan Bersatu yang mendesak agar pelantikan Ketua Pembangkang baharu dibuat segera bagi menggantikan Hamzah. Berucap pada Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan hari ini, beliau menegaskan keputusan tersebut dicapai secara muafakat bersama blok pembangkang. Selain itu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut dikekalkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN). #BeritaASLI #PerikatanNasional #PAS #TGHH