@rabiatuladawiah294: Jangan merasa diri ini ada,kerana yang benar-benar wujud hanyalah Dia. Jangan merasa diri sudah baik,kerana hati mudah berubah tanpa disedari. Bukan indahnya permulaan yang dinilai,tetapi husnul khatimah yang menjadi harapan. Ada yang bermula dengan cahaya, lalu tenggelam dalam lalai.Ada yang bermula dalam gelap, lalu pulang dengan kehambaan, taubat dan cinta.Maka rendahkanlah hati di hadapan Allah, jangan memandang hina kepada sesiapa. Barangkali insan yang kita pandang biasa lebih hampir kepada-Nya daripada diri kita. Teruslah melangkah dengan syukur dan istighfar,kerana setiap nafas adalah pinjaman. Semoga di penghujung perjalanan,Allah menjemput kita pulang dalam rahmat dan reda-Nya. Amin. #janganbanggadiri #kehidupan #taubat #kembalipulang #pejalansunyi
Rabiatul Adawiah
Region: MY
Saturday 13 June 2026 12:56:53 GMT
Music
Download
Comments
🕊🌺 IBRAHIM ABDUL HALIM 🌺🕊 :
mohon sharing
2026-10-12 19:32:46
0
To see more videos from user @rabiatuladawiah294, please go to the Tikwm
homepage.