@jimkelantan: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan berjaya menahan seramai 35 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta 2 orang warga Malaysia menerusi pelaksanaan Ops Serkap yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Kebun Sultan dan Kampung Tal Tujoh, Kota Bharu, Kelantan. Operasi yang bermula seawal jam 6.00 pagi itu melibatkan seramai 14 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, JIM Kelantan. Operasi dilaksanakan secara bersepadu hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap lokasi yang dipercayai menjadi tempat transit serta pergerakan PATI. Hasil pemantauan, pasukan operasi berjaya mengesan tiga buah kenderaan yang dipercayai digunakan bagi mengangkut PATI keluar dari Negeri Kelantan melibatkan 5 lelaki dan 6 perempuan warganegara Myanmar. Tindakan pantas anggota operasi telah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan migran tersebut. Tiga buah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan, iaitu sebuah Toyota Yaris, sebuah Honda Jazz dan sebuah Honda CR-V, turut ditahan untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan operasi turut membawa kepada penemuan 24 lagi PATI warganegara Myanmar yang dipercayai bersembunyi di dalam kawasan semak berhampiran. Kesemua mereka terdiri daripada 17 lelaki dan 7 perempuan. Secara keseluruhannya, seramai 22 lelaki dan 13 perempuan warganegara Myanmar telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Dalam operasi yang sama, 2 lelaki warganegara Malaysia turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007). Kejayaan operasi ini menghantar isyarat jelas bahawa JIM Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, terutamanya rakyat tempatan yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan melindungi atau menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI). JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI. [ADUAN PATI] Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan melalui saluran berikut: โ๏ธ 019 - 9840377 / 09 - 7441833 ๐ป https://imi.spab.gov.my ๐ง Emel: [email protected] ๐ก Identiti anda akan DIRAHSIAKAN sepenuhnya. #Imigresen #banteraspati #tiadaharitanpaoperasi #TaatSetia #perkasa