@jason.yew: Gajah di Bukit Malut Tak Nampak, Kuman di Hulu Langat Sibuk Dicanang! Bukan main bergegar media sosial kebelakangan ini. Ramai walaun tiba-tiba berubah menjadi pejuang kedaulatan negara, sakan mendesak Kerajaan Selangor merobohkan flat yang didiami etnik Rohingya di Hulu Langat. Tetapi, sementara mereka sibuk menjerit lantang mengkritik hal negeri orang, mari kita jenguk sebentar ke negeri di bawah pentadbiran kerajaan PAS yang kononnya serba sempurna. Selamat datang ke Bukit Malut, Kedah! Untuk yang buat-buat lupa, di sinilah terletaknya sebuah "kampung mega" Rohingya dan Myanmar yang terbina cukup gah sejak tahun 1970-an dan 80-an lagi. Fakta ini bukan rekaan. Ahli Parlimen kawasan itu sendiri pernah mengesahkan bahawa angka penduduk di penempatan tersebut sudah mencecah 15,000 orang. Malah, Jabatan Imigresen negeri turut merekodkan pendaftaran 14,000 orang etnik Rohingya di sana. Kawasan ini sentiasa menjadi destinasi popular pelarian sejak berdekad lamanya. Apa yang paling ironi, berbelas ribu penghuni rumah setinggan di kawasan ini langsung tidak memiliki geran tanah yang sah. Mengapa? Kerana sebahagian besar tanah yang diceroboh untuk membina "empayar" mereka itu sebenarnya adalah milik Kerajaan Negeri Kedah dan Majlis Perbandaran sendiri! Persoalannya sekarang, apa tindakan Kerajaan Negeri Kedah? Tanah kerajaan sudah berpuluh tahun diceroboh belasan ribu pendatang secara haram, tetapi pentadbiran negeri selesa membisu dan berdiam diri. Tiada pula kita dengar bunyi enjin jentolak kerajaan negeri mahu masuk merobohkan kawasan tersebut. Langsung tidak kelihatan juga penyokong-penyokong ini membuat bising mendesak Menteri Besar mereka bertindak. Masing-masing tiba-tiba menjadi rabun. Namun, apabila menyentuh bab Selangor, pantas sungguh jari-jemari menaip menjadi pejuang bangsa! Teruskanlah bersikap 'double standard' sebegini. Biarkan sahaja penempatan haram gergasi di atas tanah kerajaan negeri sendiri terus membesar, asalkan ada modal untuk menyerang negeri di seberang sana. Memang hebat! #bukitmalut #langkawi #kedah

JASON Update
JASON Update
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 14 June 2026 08:20:47 GMT
4620
185
1
22

Music

Download

Comments

eidradvillage
eidra D'village :
2026-06-14 13:32:16
2
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About