@pppunimap: 📢 LAWATAN TNC HEPA DAN PENGARAH PUSAT PERUMAHAN PELAJAR UniMAP KE KOMPLEKS PERUMAHAN PAUH PUTRA & KOLEJ KEDIAMAN TUANKU TENGKU FAUZIAH Pada hari ini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP bersama Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UniMAP telah mengadakan lawatan ke Kompleks Perumahan Pauh Putra dan Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah bagi meninjau situasi bekalan air susulan gangguan bekalan air yang dimaklumkan oleh Syarikat Air Perlis (SAP). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan di lokasi, memantau impak gangguan bekalan air terhadap pelajar serta memastikan langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi menjaga kebajikan dan keselesaan penghuni kolej kediaman dan perumahan pelajar. Dalam lawatan tersebut, TNC HEPA dan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar turut meninjau kemudahan serta bantuan yang disediakan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar sepanjang tempoh gangguan bekalan air. Pihak UniMAP sentiasa komited dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara dan akan memantau perkembangan semasa dari semasa ke semasa sehingga bekalan air kembali pulih sepenuhnya. #UniMAP #HEPAUniMAP #PusatPerumahanPelajar #KebajikanPelajar #PauhPutra
tingkat 0 memang ada air...cuba pergi tingkat 4 ada air ke tidakkk😆
2026-06-14 16:02:33
2
The Portmeirion Closet 🌿 :
Blok H Ting 3 tiada air
2026-06-14 13:57:41
0
Yes me Fyzaaa :
Tgkat 4 .air tak sampai ..sbb tggi kot yea
2026-06-14 09:52:40
0
SyukurKu :
Cuba check di tingkat 2 ke atas. Sbb tekanan ke atas tak mampu nk tarik
2026-06-14 09:18:46
0
Yes me Fyzaaa :
alhamdulillah2..
ank saya block H ni..bru daftar 13 June .
2026-06-14 09:52:08
0
SyukurKu :
Tolong la, block H tingkat 3 dan 4 air slow dan hingga tiada air. Block lain ok. Tolong ambil tindakan segera. Sbb yuran ada yang telah bayar penuh sem 1 .
2026-06-15 00:40:40
0
To see more videos from user @pppunimap, please go to the Tikwm
homepage.