@onnhafiz: Jelajah Orang Johor DUN Machap memang ON! Syukur Alhamdulillah, Program Jelajah Orang Johor (JOJ) di DUN Machap berlangsung dengan penuh meriah. Sambutan Bangsa Johor terutamanya masyarakat Simpang Renggam memang sporting, bertenaga dan OHsemmm! Setiap siri jelajah tidak lengkap tanpa dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah. Kali ini, saya bersama masyarakat setempat dalam Program Semarak Subuh Perdana DUN Machap di Masjid Ar-Rahman, Kampung Seri Desa. Program diteruskan dengan pelepasan Fun Walk di Mini Stadium MDSR Machap sebelum saya meluangkan masa bersama rakyat dalam pelbagai acara sukaneka yang cukup meriah di perkarangan Masjid Kampung Batu 6. Jelajah kemudiannya diteruskan dengan konvoi bermotor ke Dewan Terbuka Taman Tiara Perdana, yang memberi ruang untuk menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat setempat. Kami seterusnya berkumpul dalam suasana penuh muafakat menerusi Kenduri Sekampung di Balai Raya Kampung Dato’ Ibrahim Majid sebelum meneruskan program Sukan Rakyat di Balai Raya Kampung Pinggir, Simpang Renggam. Apa yang lebih istimewa, kemeriahan JOJ DUN Machap kali ini turut diserikan dengan Karnival Tentera Turun Padang di Dataran Muafakat, Simpang Renggam. Pelbagai pameran aset, demonstrasi serta aktiviti interaktif yang dibawakan oleh Angkatan Tentera Malaysia telah menarik kehadiran ribuan pengunjung. Meskipun cuaca agak panas, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Bangsa Johor yang hadir. Keterujaan dan sambutan luar biasa ini mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan serta kebersamaan yang sentiasa menjadi kekuatan kita sebagai Bangsa Johor. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan Simpang Renggam, para sukarelawan, persatuan, agensi kerajaan serta Angkatan Tentera Malaysia yang telah bertungkus-lumus menjayakan JOJ kali ini. Terima kasih juga kepada seluruh Bangsa Johor atas sambutan yang begitu hangat dan menggalakkan sepanjang program berlangsung. Semoga semangat muafakat dan kebersamaan ini terus menjadi kekuatan untuk kita membangunkan Johor yang lebih maju, makmur dan sejahtera demi masa depan generasi Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JelajahOrangJohor #JOJ2026 #OHMachap
Onn Hafiz
Region: MY
Sunday 14 June 2026 11:09:50 GMT
Music
Download
Comments
Helmi Fyda :
MB kesayangan bangsa johor
2026-06-14 12:32:17
35
ahmadhaikal2022 :
terbaik YAB Dato' MBJ.
sokong untuk masa depan rakyat bangsa Johor
2026-06-14 23:24:59
24
MAK CT :
MB yg baik n kesayangan rakyat johor ❤️💙
2026-06-16 09:08:39
2
Aj :
ayuh Bangsa Johor! kita sayangi johor,kita sayangi Sultan johor,kita sayangi onn hafiz! bersatu hati kita Pertahankan Bangsa johor.Allah berkati Sultan!
2026-06-18 12:43:45
6
Harimau Berantai :
Alhamdulillah
Terbaik YAB MBJ
#KKP17
2026-06-15 02:18:30
10
Qayya Yaya Empire :
semoga dato sentiasa buat yg terbaik ♥️♥️
2026-06-14 14:59:32
14
Tok Razak :
Terbaik YAB MBJ #KKS33
2026-06-14 11:26:51
9
Fazira Alisha :
semoga succes pru johor amin
2026-06-15 22:05:04
6
00 :
mb pling terbaik sejak aku duk jb lebih 20thn .cepat buat kerja Dan arahan . sya doa kn mb on menang.
2026-06-27 23:03:59
2
Suhaimi Said :
alhamdulillah terbaik MB Johor
#Onnhafiz
#majujohor
#kkm78
2026-06-14 13:41:42
8
ajak siti :
mantap ketua.... semoga sihat sejahtera dan berbahagia selalu ❤️❤️❤️
2026-06-14 22:48:03
6
Bunga :
BN/UMNO mantap
Bangkit BN/UMNO
2026-06-23 12:32:15
2
MFScarf90 :
kesayangan Rakyat Johorr❤️❤️
2026-06-14 14:07:13
4
EncikFareez :
2026-06-16 08:19:05
1
Hafiz :
Meriah betul JOJ Machap
2026-06-14 16:56:46
5
ebitjuki__ :
paduii
2026-06-14 14:06:23
4
Ruhani Ishak :
wahhh terbaik anak muda👍
2026-06-23 06:48:53
2
Suhaimi. SAB848H :
HIDUP DATO ONN HAFIZ🥰🥰🥰
2026-06-16 04:22:16
3
EjaSyareeza :
Mantapp!! Meriahh💙❤️
2026-06-14 16:30:05
2
nordinjaafar37 :
MB KESAYANGAN BANGSA JOHOR 👍👍👍🥰🥰🥰
2026-06-14 23:05:23
3
MD Alidi kenid :
Aamin3
2026-06-15 00:45:18
3
TOK HASMUNI :
Hadir …..Terbaik YAB Dato’ Onn Hafiz …
2026-06-14 12:54:18
3
syukri_msi86 :
2026-06-14 12:30:09
4
kasim :
2026-06-14 14:17:58
3
Bin Joh4ri🕊🍃🍂 :
2026-06-15 14:51:22
1
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.