@pokwiejebond: PEMFITNAH ERIC LIM SIAN SEE AKAN DISAMAN! 1. Video ini dirakam khusus bagi menyangkal fitnah dan manipulasi kenyataan oleh pihak Eric See-To (Lim Sian See), yang mendakwa kononnya saya telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seluruh kaum Cina. 2. Saya menegaskan bahawa hantaran asal di laman Facebook saya hanya sebagai respon balas kepada Eric See-To dan Albert Tei semata-mata. 3. Perkara ini terbukti jelas dalam hantaran tersebut yang secara terang-terangan menyebut nama Lim Sian See dan Albert Tei, tanpa melibatkan mana-mana pihak lain. 4. Saya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk tuduhan melulu, fitnah, mahupun pemutaran belit kenyataan yang menjejaskan reputasi saya. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil serta-merta. 5. Barisan peguam saya telah meneliti dan memperincikan semua kenyataan, tulisan, serta hantaran berkaitan di platform media sosial untuk tindakan lanjut. 6. Satu laporan polis telah dibuat. Pihak kami juga telah meminta rakan-rakan media sosial serta pencipta kandungan (KOL) di seluruh negara untuk mengumpul bukti, melakukan tangkapan skrin (screenshot), dan menyimpan pautan hantaran (copy link) yang terlibat. 7. Surat Tuntutan (Letter of Demand - LOD) kepada Lim Sian See dan mereka yang terlibat akan diserahkan dalam masa terdekat. 8. Saya amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang sengaja memutar belit hantaran tersebut bagi memberi gambaran salah kononnya saya menyerang seluruh kaum Cina. 9. Saya menegaskan bahawa tiada sebarang niat di pihak saya untuk mengguris hati atau menyinggung perasaan mana-mana kaum di Malaysia. Keharmonian masyarakat majmuk sentiasa menjadi keutamaan saya. 10. Walau bagaimanapun, segala kekhilafan dan salah faham yang tercetus sehingga menyinggung perasaan pihak yang tidak terlibat adalah amat saya kesali. 11. Saya mengambil tanggungjawab penuh dan akan lebih berhati-hati dalam setiap pengurusan hantaran media sosial pada masa hadapan. Sekian, terima kasih. #jkom #syamghaz #pokwiejebond

PokWie Jebond
PokWie Jebond
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 14 June 2026 12:53:49 GMT
2150
129
3
3

Music

Download

Comments

shahrom.bin.atan
Shahrom Bin atan :
terbaik bos 🥰🥰🥰
2026-06-14 14:05:30
0
intanluminous
IntanLuminous🌻 :
#jalanterus
2026-06-14 13:08:26
1
user8007876507671
mohd :
Aamin2 🤲
2026-06-14 20:29:41
0
To see more videos from user @pokwiejebond, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About