@zackhybrid: Istana Sepachendera: Dibina kerana CINTA Sultan Kedah dahulu kepada isterinya Istana ni dibina oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26 untuk isterinya yang bernama Che Sepachendera Orang ramai keliru antara Istana Kuning dengan Istana Sepachendera ni, sebab binaan ni terletak berdekatan. Tapi apa yang dapat dibezakan, Istana Kuning tu sudah tentulah warna kuning dan binaannya masih terpelihara kalau nak dibandingkan dengan Istana Sepachandera ini Apa yang unik, istimewa dan menariknya mengenai Istana Sepachandera ini, ia dibina dan diperbuat daripada putih telur dan manisan lebah (madu) sebagai pelekat dan cantuman pada bangunan, putih telur dan madu tu dicampur dengan pasir dan jadilah macam simen Selain itu, Istana ni juga adalah campuran dari reka bentuk Siam dan Melayu. Sultan Abdul Hamid Halim Shah gabungkan seni bina tersebut sebab Che Sepachendera ni berasal dari Siam #IstanaSepachendra #palace #History #Kedah #zackhybrid