@egg.networkmy: MLBB Qualifier Asian Games 2026 di SG! Masa untuk buktikan siapa yang layak mewakili negara di pentas terbesar! Mobile Legends: Bang Bang akan mengadakan acara kelayakan rasmi untuk Sukan Asia 2026 bertajuk "Beyond Legacy" di Singapura dari 18 hingga 21 Jun 2026. Pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Asia Tenggara akan bertarung dalam acara kelayakan ini untuk mendapatkan tempat mewakili negara masing-masing di Sukan Asia 2026. Bagi peminat esport tempatan, ini adalah peluang untuk menyaksikan wakil Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dalam salah satu game mobile paling popular di rantau ini. 📍 Lokasi dan tarikh? 📅 18 Jun (Khamis) hingga 21 Jun (Ahad) 2026 📍 Singapura Esport semakin mendapat pengiktirafan di peringkat sukan antarabangsa, dan MLBB menjadi salah satu game yang memimpin barisan tersebut! 🌏 Source: @mobilelegendsgame #eGGNetwork #everygoodgame #Gaming #GameNews #Esports #MobileLegends #AsianGames