@uniszaedumy: UniSZA Sambut 282 Pelajar Asasi Baharu, Kebajikan Mahasiswa Jadi Keutamaan Kuala Nerus, 15 Jun 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menyambut kehadiran seramai 282 pelajar baharu Program Asasi bagi sesi kemasukan 2026/2027 yang terdiri daripada pelajar Asasi Perubatan dan Sains Kesihatan serta Asasi Sains Sosial. Daripada jumlah tersebut, seramai 179 pelajar mendaftar bagi Program Asasi Perubatan dan Sains Kesihatan melibatkan 74 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, manakala 103 pelajar mendaftar bagi Program Asasi Sains Sosial yang terdiri daripada 32 pelajar lelaki dan 71 pelajar perempuan. Kehadiran pelajar baharu ini menandakan permulaan perjalanan akademik mereka di UniSZA, sebuah institusi yang bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan ilmu, malah komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato. Dr. Fadzli Adam berkata, pihak universiti sentiasa berusaha memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mendapat pendidikan akibat kekangan kewangan atau kesukaran hidup sepanjang tempoh pengajian. “Di UniSZA, kebajikan mahasiswa bukan sekadar tanggungjawab, tetapi merupakan satu keutamaan. Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya tanpa dibebani oleh cabaran kewangan atau kekurangan kemudahan pembelajaran”, katanya ketika ditemui. Menurut beliau, bagi sesi ini, hampir RM3 juta telah berjaya disalurkan melalui pelbagai bentuk bantuan dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada mahasiswa UniSZA. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Program Job on Campus, Bantuan Laptop Sulung 3.0, Program Sulung Maybank Islamic UniSZA, Program Siswa Sulung, Dermasiswa e-Kupon Makanan, Zakat Maybank Islamic, serta MIB Undergraduate Sponsorship yang membantu meringankan kos pengajian dan sara hidup pelajar. UniSZA juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan kecemasan seperti Bantuan Banjir, Bantuan Awal Pengajian dan Bantuan Agihan Kebajikan Pelajar bagi membantu mahasiswa yang berdepan situasi tidak dijangka. Dalam pada itu, Naib Canselor turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi, penaja dan penyumbang yang sentiasa menyokong usaha universiti dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Beliau turut menyeru masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam membantu golongan mahasiswa demi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih sempurna dan berdaya saing. “Marilah kita bersama-sama membantu dan menyokong pembangunan mahasiswa kerana mereka merupakan aset serta pemimpin masa depan negara,” katanya. @Kementerian Pendidikan Tinggi @Profesor Dato' Dr. Fadzli bin @asasiunisza #unisza #fyp #proudlyunisza #ilmudemifaedahinsan #programasasiunisza

UniSZA
UniSZA
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 15 June 2026 11:43:17 GMT
55963
2237
36
269

Music

Download

Comments

suzilasuzila672
suzilasuzila672 :
13 9 ni anak saya daftar sini.cos,pengajian bank.
2026-06-30 02:34:27
2
wan.suzie
wan suzie :
alhamdulillah anak daftar asasi sains smlm 15/6..teratur je proses pendaftaran ngn fasi yg cekap
2026-06-16 01:58:52
4
user4360426335017
Izzzif :
Assalamualaikum.. Mohon doakan anak saya Muhammad Thaqif bacth 09 2026 Cemerlang Spm.. Aamin
2026-06-16 11:50:23
6
_alisaaa22
🌼✨🕶️ :
Zus kt unisza ad lgi ke tak?
2026-06-17 07:45:13
4
4nniesa_
نيسا💢 :
adik sy dh hbis degree dekat unisza sambung lagi DPLI dekat unisza, beberapa bulan je lagi nk habis, lps tu dah intern. doakan adik sy dpt jadi cikgu. terim kasih unisza bantu adik sy hingga skrg 🥰
2026-06-21 02:08:00
4
yusofbinmohd
(bulan henti bicara )yus@46 :
mixue aiskrim pun ada dlm UniSZA
2026-06-17 09:48:58
2
rahmanhafiz11
عبد لرحمن ١١ 🇲🇾🇹🇭 :
semoga berjaya anak2 muda 👍
2026-06-19 17:14:19
2
afham2112
delikiez :
tahniah semua..
2026-06-16 12:28:57
1
akasan079
ti💥 :
aku x leh masuk pun
2026-06-15 23:00:26
1
rohayuyusof78
Rohayu Yusof :
ada x lagi tarikh kemasukan bulan September 2026
2026-06-17 04:26:34
1
syamil780
💕🌼 KAKYONG K!eLA 🌼💕 :
terbaik👍🏻
2026-06-18 02:32:27
0
zulaikh70
zulaikha :
best nye kalu dpt cm nih
2026-06-16 12:34:16
1
itsgeorgejeremiah
geor.j :
congrats man🔥
2026-06-15 13:30:39
2
selawatselalu1
NgetehNgopi🛵 :
sedih ank xminat pon perubatang.. tahniah semua moga maju jaya
2026-06-17 14:46:02
1
ling.ying16
Yingg :
tahniahhh semuaaa🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-06-15 13:02:31
2
yusofbinmohd
(bulan henti bicara )yus@46 :
Padang bola arena UniSZA ada jugak..
2026-06-17 09:49:55
1
yusofbinmohd
(bulan henti bicara )yus@46 :
selamat datang pelajar baru
2026-06-17 09:48:06
1
wan.suzie
wan suzie :
knp x sediakan iron @ bilik iron baju ngn ruang bilik yg terhad utk dua org
2026-06-16 02:00:17
1
yusofbinmohd
(bulan henti bicara )yus@46 :
Muiz ayam goreng dan cu mart ada diluar pagar UniSZA pos 2
2026-06-17 09:49:37
1
.ulun.sungaiidaan
i,m🤭ulun kito(River people)😜 :
Assalamualaikum nak tanya cara bayar yuran pendaftaran masa waktu pendaftaran baru bayar atau online...
2026-08-28 00:44:58
0
hanif5475
Hanif :
😁
2026-06-15 18:15:47
1
bong5u
AdeK。◕‿◕。B0nGsu :
sape ad buat runner tak unisza pm jp
2026-06-18 07:39:22
0
amalfitrii
amalfitri 🕊️ :
🔥🔥🔥
2026-06-15 20:02:45
1
mzfxr._
mujakpar :
is that the glorious @kif
2026-06-15 15:44:55
3
To see more videos from user @uniszaedumy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About