@jimselangor: Replying to @S@/ìn̈@💞🫰 @IMIGRESEN SELANGOR 2 @Outstanding Red JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR 52 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI PENGUATKUASAAN DI DAERAH GOMBAK GOMBAK, 14 JUN 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah melaksanakan Ops Kutip, Ops Selera dan Ops Sapu di sekitar daerah Gombak dengan kekuatan seramai 34 pegawai penguat kuasa. Operasi yang bermula pada jam 4.00 petang itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam yang diterima berkaitan kehadiran warga asing di beberapa lokasi tumpuan termasuk kawasan pasar malam, rumah penginapan dan kediaman. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 72 orang telah diperiksa melibatkan warga tempatan dan warga asing. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 52 warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Selain itu, satu (1) saman saksi telah dikeluarkan dan seorang majikan turut diambil tindakan bagi membantu siasatan. Di lokasi pertama iaitu kawasan pasar malam di Batu Caves, seramai 59 orang telah diperiksa dan 39 warga asing ditahan. Mereka terdiri daripada warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Di lokasi kedua iaitu sebuah rumah penginapan di Selayang Baru, seramai empat (4) warga asing telah diperiksa dan kesemuanya ditahan. Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Sementara itu, di lokasi ketiga iaitu sebuah kediaman di Batu Caves, seramai sembilan (9) warga asing telah diperiksa dan kesemuanya ditahan. Mereka terdiri daripada warganegara Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara. Orang ramai turut diingatkan agar tidak berurusan dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia atau menggunakan nama serta gambar pegawai bagi tujuan penipuan. Sebarang maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. #jimselangor #imigresenmalaysia #pati #fyppppppppppppppppppppppp #penguatkuasaan

IMIGRESEN SELANGOR
IMIGRESEN SELANGOR
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 15 June 2026 11:57:23 GMT
216325
6264
156
2257

Music

Download

Comments

outstanding.red
Outstanding Red :
Terbaik team 💪🏼
2026-06-15 13:02:06
32
roszc9978
roszc9978 :
Tolong bykkan operasi.. terbaik tuan👍
2026-06-15 23:44:04
15
marsal_00_
SS :
TERBAIKKKK JIM. MALAYSIA
2026-06-15 19:59:56
6
asrul_0000_
Asrul :
kawasan Kapar Klang kasi on
2026-06-15 22:53:47
7
mohdrahmahsom
username :
tahniah Jim
2026-06-15 14:35:22
7
zhima36
@zhima :
oooo patut semalam saya pergi pasar malam 2 pak cik tengook je sambil angkat phone buat video ke ape ntah hujan renyai main phone pula batin saya cakap rupanya lagi skodeng🤣🤣
2026-06-16 00:12:11
1
abangkelapa1
abang kelapa :
Tahniah tuan
2026-06-15 12:35:32
7
hirawatirahman
bunga :
terbaik 👍
2026-06-15 12:44:02
6
nordewianizar
nordewianizar :
banyak lagi tu yg tak kena cekup...apa pun tahniah Jim...smg Jim dan team sehat selalu dan dalam lindungan allah aamiin aamiin 🤲🤲🤲🤲
2026-06-15 14:35:55
6
scudeta72
Zaydabad :
Flat Damai, Bandar Sunway
2026-06-15 15:22:09
6
kesedaran07
HAS-ZIB :
Alhamdullah
2026-06-15 22:23:34
2
ida196637
ida :
Terbaik JIM .
2026-06-15 23:30:09
2
marco_champ
Marco :
Terima kasih 💪🏼🔥👍🏼👍🏼👍🏼
2026-06-16 02:56:44
1
sariful4828
Sariful1020@ :
Alhamdulillah 🌷🌷
2026-06-16 02:19:53
1
ayeec1
Abg amM :
TQ IMG
2026-06-16 02:11:34
1
sun.tze6
hermit :
terbaik 🥰🥰🥰🥰
2026-06-15 14:34:37
4
yzf_gank150
Yuda Syaputra :
dekat Syah alam bnyak yang kosongan
2026-06-16 04:57:22
3
r0sziy4h
💜 MISS ROSZY 💜 :
terbaik ..
2026-06-16 02:55:59
1
shahrom.said1
Shahrom Said :
JIM 👍
2026-06-16 01:01:06
1
ajizz760
Ajizz :
Tahniah..Terbaik JiM
2026-06-15 16:39:25
4
chocolate_queen823
🧚‍♀️sweethoneyqueen🧚‍♀️ :
Tahniah Ciip JIM selangor 🥳
2026-06-15 13:27:37
4
meeza80_ady
ady80 :
Sikit2 lama abis. Alhamdulillah. Terima kasih JIM
2026-06-15 23:06:36
2
myhonor633
aisyah :
Dekat sini pun ada banyak juga
2026-06-15 16:58:26
2
jailang1668
Shop Online1668 :
tahniah dan terbaik jabatan Imigresen Selangor
2026-06-15 17:40:46
3
To see more videos from user @jimselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About