@ahmadzhafrisam: Assalamualaikum, Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi perkembangan terkini berkenaan insiden serangan yang saya alami tempoh hari. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Alhamdulillah, selepas hampir tiga hari, hasil usaha berterusan pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Unit Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh, individu yang terlibat telah tampil menyerah diri dan hadir ke IPD Sungai Buloh untuk memberikan keterangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Faris, serta semua anggota yang terlibat dalam usaha mengesan beliau. Dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, saya memilih untuk memaafkan beliau. Jika Rasulullah S.A.W. mampu memaafkan umatnya, siapalah saya yang penuh dengan kekurangan ini untuk tidak memberi ruang kepada seseorang memperbaiki kesilapan. Saya tidak memilih kekerasan. Saya memilih undang-undang. Mungkin keputusan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak, namun sebagai seorang anak, suami, bapa, Teknologis Profesional dan pekerja sektor korporat, saya percaya bahawa tindakan berlandaskan undang-undang adalah jalan yang lebih baik daripada membalas dengan kemarahan. Kepada beliau, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Namun sekiranya insiden yang sama berlaku pada masa hadapan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Ketika kejadian berlaku, saya ada berkata: “Pak cik tak kenal saya siapa. Pak cik tak tahu apa yang saya boleh buat dan siapa yang berada di belakang saya.” Hari ini saya ingin menjelaskan maksud kata-kata itu. Inilah yang berada di belakang saya "Kedaulatan Undang-Undang." Yang baik datang daripada Allah S.W.T., dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Semoga kejadian ini menjadi peringatan bahawa kekerasan bukanlah jalan penyelesaian, dan setiap tindakan mempunyai akibat serta tanggungjawabnya. Sekian. Ts. Ahmad Zhafri Samsudin
Ts. Ahmad Zhafri Samsudin
Region: MY
Monday 15 June 2026 13:51:28 GMT
Music
Download
Comments
effyAfida :
Sesungguhnya lelaki yg kuat tu adalah lelaki yg mampu menahan amarahnya..tahniah bro..ko adalah insan yg hebat
2026-06-15 23:35:55
1448
Syuhairi :
rezeki la org tua ni jumpa dengan org penyabar...
2026-06-15 23:06:02
1239
balan_godknows :
Well done and well articulated brother. Asking forgiveness is an act of a person but forgiving is an act of a person with a bigger heart🙏🏽🙏🏽
2026-06-16 12:36:06
7
mamaqsh :
Terbaik la zhaf.. aku kenal kau dari dulu mmg seorang yang baik dan penyabar 👍🏻👍🏻
2026-06-15 23:02:35
642
Antizionist :
Tokoh Maal Hijrah Bulan June 2026
2026-06-16 00:05:17
620
🔰TunNilaUtama🔰 :
Marah itu mudah..tapi SABAR lg indah..
2026-06-16 03:48:53
98
puanmasnidah :
orgnya educated..ditambah dgn adab dan sabar dia Masha Allah..itu lah yg sebaik baiknya.
2026-06-16 00:07:15
171
kay :
p.cik pun kena pandai bersabar seperti ank muda tu....wlu kita tua xsmesti nya kita btl...baran kurang sikit p.cik...agar kita dihormati wlu dimana kita berada...
2026-06-15 22:38:56
228
ᗩᑭE᙭ :
u win boss! u win respect from everyone... ❤️
2026-06-15 17:05:15
134
RosnahYahya :
anak muda yg diasuh oleh seorang ibu yg baik
2026-06-15 23:32:39
306
MOHD BAHARUDDIN :
Org yg hebat adalah org yg sabar ketika diuji...🤲 Barakallah
2026-06-15 23:03:43
179
❤️ :
hati yg tenang imannya menang..
2026-06-16 00:30:29
100
Kam5858 :
Org baik Allah jaga maruahnya
2026-06-15 23:02:23
19
queenaziz :
saat yg muda mmberi nasihat..menitik airmata ni..syabas ank muda mnjdi contoh..moga yg baik jg pd pakcik ini..iktibar utk kita jg🥹
2026-06-16 07:40:57
9
PabloMasin :
Respect brother✊🏻
2026-06-16 07:34:50
1
Karipap :
Deep respect.
2026-06-16 07:21:54
1
ifah muslimah 🌺 :
repost
2026-06-16 07:59:02
1
zana khairuddin :
Orang berilmu mmg mcm u,,, tahniah bro 🥰
2026-06-16 00:43:19
141
JIJOE6969 :
Bro.. ko memang juara..
2026-06-15 19:14:52
31
rosnah :
terbaik anak muda... kesabaran yg tinggi.. Allah melihat semua ini
2026-06-16 00:45:28
7
Sidie Wireman Jalanan :
kemenangan sebenar bila mampu menahan marah dan sabar
2026-06-15 23:20:57
17
I.M Harith :
bang, minta share ape amalan ada kesabaran dan mampu berlaku sebegini rupa.
2026-06-15 20:52:24
333
Hadi Ded :
Sya sgt salute sama tuan. Kerana kemenagan pd tuan. Kemenangan sbb apa dapat mengawal emosi tatkala itu , dapat menahan marah dan sabar. Itu lah kemenangan sebenarnya. Tahniah tuan.
2026-06-15 21:51:32
76
Azlan Paat :
Steady Tuan, bkn senang untuk sabar & bersihkan hati. 🫡 respect
2026-06-15 21:41:12
30
To see more videos from user @ahmadzhafrisam, please go to the Tikwm
homepage.