@ohmedia: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir memohon maaf kepada Institusi Undang Yang Empat susulan tindakannya berseloroh dengan menyebut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai “Tok Undang” dalam satu program baru-baru ini. Beliau mengakui kekhilafan berkenaan dan tidak akan mengulanginya serta menegaskan bahawa Pakatan Harapan sentiasa menghormati serta mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga dan kebanggaan rakyat Negeri Sembilan. #ohmedia #ohnegara #ej