@sairaisya: Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1448H bersamaan 1 Muharram 1448H, marilah sama-sama kita mengakhiri tahun yang telah berlalu dan memulakan tahun baharu dengan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun Hijrah. Doa Akhir Tahun Hijrah (1447H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1447H bersamaan 16 Jun 2026M (Selasa). Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026M (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1448H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh Hijri bermula selepas waktu Maghrib. Salam Maal Hijrah 1448H