@siswapasofficial: 🔰 [ PARTI WAWASAN: DIMENSI BAHARU POLITIK MALAYSIA ] 🔰 SiswaPAS mengambil maklum berhubung penubuhan Parti Wawasan sebagai sebuah wadah politik baharu yang pastinya akan memberi warna tersendiri kepada landskap politik negara. Penubuhan sesebuah parti politik merupakan hak yang dijamin dalam sistem demokrasi. Namun, persoalan yang lebih utama ialah sejauh mana parti ini mampu menawarkan gagasan, dasar dan perjuangan yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kestabilan negara. SiswaPAS berpandangan bahawa rakyat berhak menilai setiap perkembangan politik secara matang berdasarkan prinsip, rekod dan hala tuju yang dibawa, bukan sekadar sentimen semata-mata. Dalam apa jua perubahan yang berlaku, kepentingan rakyat dan masa depan negara mestilah terus menjadi keutamaan. 📲 Terus ikuti perkembangan SiswaPAS:- WhatsApp: https://shorturl.at/LTsQt Instagram: https://shorturl.at/rk25w TikTok: https://shorturl.at/lhe06 ”MEMIMPIN UMMAH, TERAJUI PERUBAHAN” SISWAPAS NASIONAL 2026/2027 #SiswaPAS #PartiWawasan #PolitikMalaysia