@kuasamelayubangkit: Dr Samsuri cipta sejarah baru apabila menjadi Ketua Pembangkang paling singkat dalam sejarah. Hanya 28 hari je Dr Samsuri pegang jawatan tu sebelum disingkirkan untuk mengangkat kembali Hamzah sebagai Ketua Pembangkang oleh Haji Hadi. Adakah Haji Hadi anggap Dr Samsuri tidak layak berbanding Hamzah? Atau ini percaturan terbaru untuk membalas dendam terhadap Muhyiddin? Kalau jawatan Ketua Pembangkang pun boleh flip flop, apatah lagi nak pilih calon PM. Nampaknya walaupun Dr Samsuri adalah Pengerusi PN, dia masih lagi dilayan seperti tunggul. Jangan terkejut nanti kalau Hamzah pulak yang akan ketuai PN menjelang PRU-16. #DrSamsuri #Hamzah #PN