@pulapoldungun: PULAPOL Dungun | 16 Jun 2026 PROGRAM PT KOMANDAN PULAPOL DUNGUN BAGI BULAN JUN 2026 Pagi ini telah berlangsung Program PT Komandan PULAPOL Dungun bagi bulan Jun 2026 yang melibatkan penyertaan warga PULAPOL Dungun serta pelatih PLAK siri 6/2026. Program ini telah dipimpin oleh Komandan PULAPOL Dungun, Supt. Nor Mohd Azahar bin Mat Zin serta turut dihadiri oleh Timbalan Komandan PULAPOL Dungun, P/DSP Mohd Mua’zam bin Mohd Nawawi. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk disiplin diri serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PULAPOL Dungun selaras dengan tuntutan perkhidmatan kepolisan yang memerlukan tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Semoga program seumpama ini terus menjadi amalan berterusan dalam melahirkan warga pasukan yang sihat, cergas dan berintegriti. #PULAPOLDungun #PTKomandan #PolisDirajaMalaysia