@ahmad1909: Resepi Tom Saab Kaki Ayam Jangan lupa save Bahan-bahan: * 1 kg kaki ayam * 1 paket rempah Tom Saab * 2 batang serai (diketuk) * 2 inci halia (dihiris) * 2 tangkai akar ketumbar * Air secukupnya untuk merebus Bahan tambahan: * ½ biji bawang Holland (dihiris) * 5–6 tangkai cili padi * 1 biji tomato (dipotong) * Daun ketumbar secukupnya Cara penyediaan: 1. Rebus kaki ayam bersama serai, halia, akar ketumbar dan air secukupnya selama 10 minit. Buang air rebusan pertama, kemudian rebus semula sehingga empuk. 2. Setelah empuk, masukkan rempah Tom Saab dan kacau hingga sebati. 3. Masukkan bawang Holland, cili padi dan tomato. Biarkan mendidih seketika sehingga semua bahan layu dan mesra rasa. 4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Nota: Tidak perlu menambah garam atau serbuk perasa kerana rempah Tom Saab sudah mempunyai rasa yang cukup lengkap dan seimbang. Siap dihidangkan panas-panas dengan aroma herba yang menyelerakan! Selamat Mencuba 😋 #tomsaab #tomsaap #resepi #homecooked #lauksimple