@kuasamelayubangkit: Isu kebanjiran pelarian Rohingya di Kedah kini semakin sukar dikawal, mencetuskan keresahan mendalam dalam kalangan penduduk tempatan. Kebimbangan mereka merangkumi masalah sosial, monopoli perniagaan kecil, dan gangguan ketenteraman awam. Malah, pendedahan 70 premis menjadi sekolah Rohingya di Kedah menjadi isyarat, etnik ini semakin berani melanggar undang-undang. Rakyat Kedah mahu Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa lebih serius melihat perkara ini dan mengambil tindakan segera. MB Kedah juga perlu mengutamakan isu lambakan etnik Rohingya di Kedah dahulu daripada asyik mengulas tentang isu nasional. #Rohingya #Kedah #UNHCR