@ustazahwa: Tips untuk bertahan dan sesuaikan diri: ✅Beri diri masa sekurang-kurangnya sebulan -Jangan buat keputusan besar berdasarkan emosi beberapa hari pertama. -Hampir semua orang rasa janggal pada awalnya. ✅Jangan duduk sorang-sorang -Cuba bertegur sapa dengan rakan sebilik, rakan kelas, atau orang sebelah masa kuliah. -Tak perlu cari "best friend" terus, cukup ada beberapa orang untuk berbual. ✅Datang kelas walaupun tak bersemangat -Bila mula tertinggal kelas, stres akan jadi lebih teruk. -Fokus hadir dan dengar dulu, tak perlu faham 100% semuanya. ✅Urus masa tidur -Ramai pelajar matrik terkejut dengan jadual yang padat. -Cuba dapatkan tidur yang cukup supaya otak boleh serap apa yang belajar. ✅Jangan bandingkan diri dengan orang lain -Mungkin nampak ramai dah pandai atau dah ada geng. -Hakikatnya ramai juga yang sedang bergelut menyesuaikan diri, cuma tak tunjuk. ✅Ingat tujuan asal masuk matrik -Cuba tulis semula matlamat kamu: nak masuk kursus apa, universiti mana, atau cita-cita apa. -Bila penat, baca balik. -Hubungi keluarga, tapi jangan sampai terperap dengan telefon -Call mak ayah boleh bagi semangat. -Pada masa sama, cuba libatkan diri dengan kehidupan di kolej.
UstazahWa
Region: MY
Tuesday 16 June 2026 09:16:49 GMT
Music
Download
Comments
Linda Jaafar :
Alhamdulillah , ank sy minggu ke2 dah di matrik walau pun ini pertama kali dia ddk asrama. Syukur saya yg debar² tp so far ank x merungut apa2.
2026-06-16 19:27:17
7
azharrzz :
Jarak kolej dgn rumah 30 minit jer..
Tiap2 minggu bole tengok.
2026-06-17 00:42:03
1
Mas Lia :
itu yg kita risau 😅tp Allhamdulillah ank pandai sesuai kn diri ...bila dia rasa happy kita pun senang hati
2026-06-16 23:48:57
1
mazlinremy :
anak saya mgu lps balik,mguni pun nak balik sbb umh dkt saya ok jer amek tiap mgu yg penting die x ngadu stress..
2026-06-16 22:08:01
2
@Wna_Zahari💖 :
alhamdulillah,anak saya tahun ke 7 dok di asrama,jadi bila dpt matrik x kekok untuk dia suaikan keadaan,bezanya dia dah x jumpa kawan2 di sbP dulu..tp mudah dapt kawan baru bila di matrik ni.dan kena awal2 research sistem belajar matrik ni.
2026-06-16 16:29:39
1
norizan :
Tq atas perkongsian 👍
2026-06-16 12:18:45
1
Aisya Abdul Razak :
Ni tips utk anak.. tp mak nye x boleh tahan rindu anak 🥺
2026-06-17 01:29:43
0
.. :
anak makcik Wallahu bila tanya dijawab org ok jer...cuma makanan kat cafe tu mahal2 katanya...nak beli takut....nnti tengah bln dah muflis ..
2026-06-17 01:43:36
0
ZulMoncheh :
👍👍👍
2026-06-16 09:53:53
1
Ekin Ansoryy :
👍👍👍
2026-06-16 11:46:22
1
To see more videos from user @ustazahwa, please go to the Tikwm
homepage.