@bkn6529: #fyp #viral #xh #Love

bui
bui
Open In TikTok:
Region: VN
Tuesday 16 June 2026 12:21:17 GMT
52170
4522
36
1942

Music

Download

Comments

vphuongw_3011
v.ᴘнươɴԍ💦 :
xin cap
2026-07-20 09:27:27
1
mt43431
mtien :
e xin đăng nky nha anh🥰
2026-07-04 07:46:45
1
lyminhtri259
KAIDO🐉🚀 :
mãi hphuc v nhaaa b tuiii
2026-06-16 13:34:44
1
tybingo_13
nào cưới zợ đổi tên 😝 :
v ai thua hả bùi ?
2026-06-16 12:33:40
1
chu.pha92
vợ iu :
thua luôn huhu
2026-07-20 08:34:56
0
nhqtt.vii_09
𝒩𝒽𝒶𝓉 𝓋𝓎 :
Ok bui
2026-06-16 12:25:41
1
_panh.n1401_
panh :
v á ha
2026-06-16 14:10:16
0
tuilabaobeii
Usernoname2102 :
hp nhe dà
2026-06-16 12:26:30
1
_khongtimthay
_khongtimthay :
a đù vip
2026-06-16 13:38:32
1
ngothimyduyn
lekim :
đặt bằng cả niềm tin
2026-06-16 12:48:24
1
2k11okkk
bảo anh :
em thua rồi
2026-06-16 13:53:09
1
ph_yenncutee
Minh Tâm :
i z b tui
2026-06-16 12:38:51
1
lamlaitatca05141110
user729393721939 :
Hphuc qáa
2026-06-16 12:25:30
1
phcute100609
mickey🐹 :
iu iu
2026-06-16 13:42:21
1
dn.nguyenn.115
user :
trọm via 2 zck
2026-06-16 12:53:20
1
embinhhthuongg
Trâm Anh :
xin via ck cưng ck chièu
2026-06-16 12:27:06
1
vubao2710
B :
xin zía nha🥰
2026-06-16 12:37:40
2
thiennhanb0
Thien Nhan :
❤️
2026-07-11 13:01:04
1
songchogiadinhtao
phi bắc cường :
❤️
2026-06-16 15:59:51
1
deocotiendoinokhinh
ht :
😁
2026-06-16 12:30:55
1
quocbaophanvan
Bảo Phan☝️🔥 :
❤️❤️
2026-06-16 15:39:34
1
hoanganh_85.8
a :
🥰
2026-06-17 03:43:46
1
tunvz98
Andy Vũ :
@Trinh Trinh 🦢 🥺
2026-07-20 03:22:33
2
phamanhthang06
Anh Thang :
@𝙣𝙙 ><
2026-07-20 11:13:28
0
nminhzz_
nm :
🦋
2026-06-16 12:55:37
0
To see more videos from user @bkn6529, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KUALA LUMPUR,– Krisis perlembagaan yang melanda Negeri Sembilan memasuki satu lagi fasa penting apabila Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat Negeri Sembilan dilaporkan telah menyerahkan pemakluman rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung tindakan mereka menurut Fasal 10 dan Fasal 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Berdasarkan surat bertarikh 5 Jun 2026 yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dato’ Haji Jaba Mohd Noah, Undang Yang Empat memaklumkan bahawa mereka mewakili institusi Undang Negeri Sembilan bagi menyembahkan sabda pemakluman berkaitan pengisytiharan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Surat tersebut turut memaklumkan mengenai pengisytiharan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 menurut Fasal 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Menurut kandungan surat itu, bersama-sama pemakluman tersebut turut disertakan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjelaskan maksud dan asas tindakan berkenaan. “Untuk makluman Yang Berhormat Dato’, adalah Kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat Negeri Sembilan Darul Khusus mewakilkan ke pangkuan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku, Sabda Pemakluman berkaitan perkara Fasal 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Pengisytiharan Pemecatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan perkara Fasal 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Pengisytiharan Pemilihan dan Pelantikan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12,” menurut surat tersebut. Dokumen yang disertakan itu turut merujuk kepada sabda bertarikh 19 April 2026 yang ditandatangani oleh keempat-empat Undang Negeri Sembilan iaitu Datuk Klana Petra Dato’ Haji Mubarak bin Thahak (Undang Luak Sungai Ujong), Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Maarof Mat Rashad (Undang Luak Jelebu), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Abdullah (Undang Luak Johol) dan Dato’ Sedia Raja Dato’ Haji Abdul Rahim Yasin (Undang Luak Rembau). Dalam sabda tersebut, Undang Yang Empat menyatakan bahawa mereka telah mengadakan sidang dan penyiasatan berhubung dakwaan salah laku yang dikatakan dilakukan oleh Tuanku Muhriz selepas baginda menaiki takhta Negeri Sembilan. Mereka mendakwa hasil siasatan itu mendapati tindakan berkenaan telah menjejaskan kesucian, kehormatan serta nama baik institusi Raja di Negeri Sembilan. Berikutan itu, Undang Yang Empat menyatakan mereka menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 untuk memutuskan bahawa Tuanku Muhriz hendaklah turun daripada takhta dan berhenti menjalankan fungsi sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perkembangan terbaharu itu dilihat sebagai usaha rasmi Undang Yang Empat membawa perkara tersebut ke pengetahuan Ketua Utama Negara di tengah-tengah pertikaian perundangan dan perlembagaan yang masih berlangsung berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta tafsiran kuasa institusi Undang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan. Setakat ini, pihak Istana Seri Menanti dan Kerajaan Negeri Sembilan masih berpegang kepada pendirian bahawa tindakan yang diumumkan pada 19 April lalu tidak mempunyai kesan perundangan dan sedang dicabar melalui proses mahkamah yang sedang berjalan.

About