@karambunai360: Menziarah keluarga Allahyarham di Kampung Lokub yang baru sahaja kehilangan insan tersayang akibat kemalangan motosikal. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🤲🏻