SEENIVASAN10 :
𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗟 𝟭𝗗𝗠𝗕 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠
𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭: 𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚
Najib dan kerajaan tubuh 1MDB sebagai tabung pelaburan negara.
Kononnya nak buat pelaburan besar untuk untungkan negara.
Tapi duit itu datang dari mana?
1MDB pinjam duit dan terbit bon sampai hutang serta komitmennya cecah sekitar RM42 bilion.
SRC International pula pinjam RM4 bilion daripada KWAP dengan jaminan kerajaan.
Siapa kena bayar hutang itu?
Kerajaan Malaysia.
Kenapa?
Sebab 1MDB milik kerajaan. Kerajaan jadi penjamin. Bila 1MDB tak mampu bayar, kerajaan kena bayar.
Kerajaan bayar guna duit siapa?
Duit rakyat.
𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮: 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡𝗔
Lepas dapat duit besar itu, apa jadi?
DOJ Amerika Syarikat kata sekitar USD4.5 bilion, lebih RM20 bilion, diselewengkan daripada 1MDB.
Macam mana duit itu dipusing?
Duit dari 1MDB masuk ke syarikat luar negara. Lepas itu masuk akaun perantara. Lepas itu masuk syarikat lain. Akhirnya sebahagian masuk akaun individu, termasuk akaun Najib.
Siapa yang susun kerja pusing duit itu?
Jho Low.
Dia bukan menteri. Dia bukan pegawai kerajaan. Tapi menurut hakim, Jho Low bertindak sebagai proksi, perantara dan fasilitator kepada Najib dalam urusan 1MDB.
Maksudnya, Jho Low bukan sekadar orang luar yang bergerak sendiri.
𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟯: 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗗𝗜𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧, 𝗗𝗜𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔, 𝗗𝗜𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠
Kenapa Najib dipenjara?
Sebab dalam kes SRC, RM42 juta masuk ke akaun peribadi Najib. SRC ini syarikat berkaitan 1MDB.
Najib kata duit itu derma Arab. Mahkamah tak terima.
Sebab itu Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Kes itu sahaja?
Tidak. Dalam kes utama 1MDB, Najib juga didapati bersalah menyeleweng dana RM2.3 bilion.
Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.
Dana 1MDB juga didakwa digunakan untuk beli rumah mewah, kapal layar, barang kemas, karya seni dan biayai filem The Wolf of Wall Street oleh syarikat milik Riza Aziz, anak Rosmah.
Kenapa Najib yang kena?
Sebab masa itu dia Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan duit masuk akaun peribadi dia.
2026-06-17 04:00:38